ADSENSE

Rabu, 15 Ogos 2012

Iftar Hari Ke 25 : Siakap Kukus & Kuey Teow Goreng Seafood

Assalamualaikum.


Malam tadi Amie tidak berkesempatan untuk up-date blog dengan menu berbuka puasa. Entah kenapa, rasa letih sangat badan, menyebabkan Amie tidur lebih awal dari kebiasaan. Minta maaf kepada rakan pengunjung kerana Amie tidak memaparkan sebarang kuih atau biskut raya. Maklumlah, cadangnya tahun ini kami akan beraya di kampung tetapi kami tidak dapat tempat sebab penerbangan penuh dari Lahad Datu semenjak 11 Ogos hingga 18 Ogos, walaupun kami cuba menempah 3 bulan lalu! Insya-Allah, ada rezeki pulanglah kami beraya di Selangor nanti.
Wokey, kembali semula kepada menu berbuka puasa. Amie sediakan Kuey Teow Goreng Seafood dengan Siakap Kukus. Ada dua hidangan semuanya, dan anak-anak boleh pilih untuk makan kuey teow atau makan nasi. Nampaknya hanya si bongsu seorang yang tidak menyentuh kuey teow sebaliknya meratah sebahagian besar ikan siakap. Amie gunakan 1/2 potongan ikan siakap bahagian sebelah memandangkan ikan ini terlalu besar, 4 kg 1 ekor! Kerja Amie lebih mudah kerana penjual ikan telah bersihkan sisik dan memotong ikan tersebut. Amie kukus ikut cara Amie seperti di bawah.

Resepi : Siakap Kukus
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg ikan siakap - sebelah bahagian ekor ikan
3cm halia - hiris
1 batang serai - diketuk
1/3 batang lobak merah - kupas dan hiris
1 kuntum bunga kantan - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
10 biji cili padi
1 sudu besar sos ikan
5 sudu besar chicken sweet chilli sauce Thai

Cara:
1. Letak ikan ke dalam dulang pengukus. Renjiskan seluruh bahagian ikan dengan sos ikan.
2. Letakkan kesemua bahan yang lain ke atas badan ikan kecuali chicken sweet chilli sauce Thai.
3. Kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak.
4. Buka penutup pengukus dan tuangkan chicken sweet chilli sauce ke atas ikan.
5. Kukus lagi selama 5 minit. 
6. Tutup api dan hidangkan panas.



Kuey Teow Goreng Seafood.

18 ulasan:

bersama kak Es berkata...

berbuka simple tapi sedap memang menjadi pilihan ...

ummiross berkata...

Fulamak bestnya kuey teow tu, mai sepinggan, hikhik!

Amie, balik Selangor nanti, jom la singgah di Bangi. Ummi pun balik kampung, tapi cuti kejap je.

Mas Sani berkata...

Dr awal puasa hingga skrg dapur maya akk sentiasa berasap....akk mmg rajin n mas sentiasa teruja dgn hidangan akk tu hihihi....

Acik Erna berkata...

assalam amie..ikan siakap kukus memang sedap kan acik pun selalu jugak buat.
terima kasih pada amie..sebab banyak resepi air amie yang acik dah buat dan sedap sangat..terbaru ni belimbing campur lemon..tapi dah sedap2 buat..belimbing pulak dah habis..tak de jual dipasaraya dah..terima aksih amie..

Nens Collection berkata...

semalam baru makan siakap kukus kt kedai..hehehe..

bestnyer kutiaw seafood tu..nape xde resepi kak ami..nens x reti la nk bajet kuah die b4 letak mee,kutiow dlm kuah tu..kdg2 x basah, adekala melimpah ruah & cair..menyelerakan btol tgk kak ami buat ni..pekat & sebati gaulan die..;)

IZA AKMA berkata...

Assalamualaikum Amie,
lauk kukus2 camni mmg sedap...tak kiralah waktu puasa ker tak puasa ker..mmg sentiasa menggamit selera...apa pun kukus style amie ni bertambahlah harum sbb ada bunga kantan...
Di kesempatan ini Iza ucapkan Selamat Hari Lebaran Minal Aidin Wal Faidzin buat Amie dan keluarga. Semoga segala amalan selama kita berada dimadarasah Ramadhan mendapat keberkatan dari-Nya.

EmbunRosaliza berkata...

Assalam Amii, sedapnya ikan kukus tu, kat rumah saya ni anak2 pun suka ikan siakap, tapi msk sambal je, saya suka kukus , nmpk meyelerakan. Hurmm nak buat mcm manakan kalo tak boleh blk, kena siap sedia raya kat situ la.

myda_ahmad berkata...

dua2pun sodap kak amie....
tp bila dh smpai waktu berbuka tu,sikit je yg dimknnya.....kekdg tu saya share lg 1 pinggan dgn anak....

noname berkata...

Amie,
raya kat mana-manapun xpe, janji bersama org disayangi. Selamat hari raya maaf zahir & bathin.

CitarasaKu berkata...

salam amie...selamat hari raya. Sedapnya menu awak .

wahida berkata...

telan air liur saya kak...huhu...

Asmara berkata...

besarnya! untung org kat sana kan. hehe..

Ena berkata...

sedapnya...

Memg terliur

Thanks kak.. kongsi resepi yg best sokmo..

zila norazila berkata...

akk amie,
zila pun baru masak ikan siakap .tp masak 3 rasa..x sempat nk ambar bagai kak..he hhe ank dh rentap:)

quinnie berkata...

sedapnya kak...lama tak makan ikan kukus...huhuhu

mama sara nur berkata...

assalam
sedapnye k.Amie, ikan siakap tu buat naik selera je

ibundo berkata...

Bundo ucap selamat menyambut hari raya buat amie sekeluarga

ainnoraini berkata...

sedapnya semua tuu...

amie,selamat menyambut hari raya dari saya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...