Selamat petang semua pengunjung yang dihargai. Oleh kerana cuaca sejuk, disebabkan hujan sepanjang pagi, jadi Amie jemput rakan-rakan untuk menikmati minuman petang bersama hidangan ringan iaitu Cempedak Goreng. Tentu banyak cara untuk menyediakan Cempedak Goreng yang enak. Amie kongsikan bersama resepi Cempedak Goreng dengan menggunakan bahan tambahan iaitu serbuk ENO untuk merangupkan hasil gorengannya. Sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya dan sudah semestinya hasilnya tidak mengecewakan!
Resepi: Cempedak Goreng
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji cempedak - 1kg
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
1 sudu serbuk ENO
1 sudu gula pasir
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
air
minyak
Cara:
1. Campurkan tepung gandum dengan tepung beras bersama serbuk ENO, gula pasir, garam dan kunyit.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati mengikut kepekatan yang diingini.
3. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng cempedak sehingga tenggelam.
4. Celupkan cempedak ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.