Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berkongsi resepi di dapur maya ini. Kalau muncul beberapa kali dalam seminggu itu maknanya masih ada ruang untuk berada di dunia maya. Kalau sekali dua dalam seminggu, maksudnya dalam keadaan sibuk dan mencari peluang juga untuk berada di sini. Kalau seminggu dua tidak muncul, itu membawa isyarat tuan dapur berada di luar kawasan atau sibuk yang...
Assalamualaikum. Jumpa lagi di malam yang sungguh nyaman, dan mata pun dah mula layu-layu mengintai bantal! Nak kongsi resepi Sotong Goreng Sambal Belacan. Sebenarnya watak utama yang ingin ditampilkan ialah kacang panjang! Tapi entah kenapa, sotong pula yang menonjolkan diri lebih-lebih...hiks! Resepinya mudah saja, sebab Amie hanya gunakan sambal belacan yang memang sudah sedia ada. Boleh klik di sini untuk resepi sambal belacan...
Ketika sedang membelek-belek gambar dalam folder, terpandanglan gambar-gambar bawang... ahaks! Marilah kita membawang pulak. Sebenarnya resepi ini sudah agak lama tersimpan, sewaktu bulan puasa yang lalu. Ketika itu Amie sedang mengemas dapur, berkira-kira untuk membeli barang dapur untuk persediaan hari raya. Banyak pula bawang merah kecil-kecil dan juga bawang putih dalam bakul! Jadi Amie putuskan untuk jadikan Sambal Bawang, dan boleh siman dalam...
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Terima kasih diucapkan kepada followers baru yang sudi memeriahkan dapur kecil ini. Moga perkongsian cerita dapur dalam dunia maya ini akan memberikan manfaat buat semua. Pagi ini tidak ada resepi istimewa yang akan Amie kongsikan melainkan resepi Laksa Asam yang Amie rasa belum puas dinikmati walaupun setakat ini sudah 4 kali Amie memasaknya...
Pernah dengar perkataan 'kates?" Biasanya kita dengar nama lain bagi betik ialah papaya tetapi MIL panggil kates. Kadang-kadang disebutnya sebagai kepayas. Pada Amie, betik atau kates ini sangat istimewa sebagai salah satu lauk di antara pelbagai lauk dalam hidangan semasa kenduri-kendara keluarga sebelah Encik Suami. Jarang sangat Amie tidak jumpa masakan betik yang mereka panggil Sambal Goreng Kates. Kadang-kadang tertanya-tanya juga, di mana...
Assalamualaikum. Perkongsian resepi sebelum beradu...hiks! Bila melihat gambar-gambar suasana hari raya, terpandang beberapa keping gambar makanan yang terselit di antara beratus gambar yang lain. Salah satunya ialah hidangan Coto Makassar. Biasalah, dalam keadaan sibuk menyediakan juadah dan melayan tetamu di rumah sendiri, memang tidak ada masa untuk mengambil gambar. Salah satu hidangan hari raya di rumah terbuka kami ialah Coto Makassar. Buat pertama...