Tengahari tadi, sementara mencuci pinggan mangkuk, Amie rebus ubi keledek ungu. Ubi keledek tu rasanya dah lebih seminggu bertapa di sudut dapur. Encik Suami selalu perli : Rajin beli keledek warna itu ini, tapi akhirnya tumbuh menjalar di dapur! Dah selesai cuci pinggan mangkuk, keledek yang direbus pun dah empuk. Amie toskan airnya dan tinggalkan di dapur. Solat zohor, dan selepas itu intai-intai...
Sana sini terdengar keluhan betapa mahalnya harga ikan! Encik Suami pun, selalu kata daripada beli ikan baiklah beli ayam! Harga ikan melambung naik dari sekecil ikan basung sampailah ikan saiz besar, ikan laut dalam! Kalau beli pun, selalunya dapat ikan lama, perut sudah terburai dan tentunya isinya tidak berkualiti. Tapi, sesekali nak juga makan ikan. Mengenang Fuad yang pulang bercuti dan suka makan...
Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak
Resepi Amie's Little Kitchen di Majalah SAJI Edisi Februari 2017
Terima kasih sekalung budi buat Majalah SAJI kerana sekali lagi menampilkan 10 resepi Amie's Little Kitchen yang terdiri daripada hidangan lauk-pauk tradisional. Jangan lupa dapatkan senaskhah untuk koleksi anda! Abadikan kenangan sewaktu mengikuti Diploma Pendidikan 1991/92. Tinggal bersama rakan-rakan UM di rumah setinggan, Pantai Dalam. Salah satu kongsian resepi istimewa Hasnah (kawan Amie ni orang Kedah tapi entah di mana sekarang) ialah Kerabu...
Apabila namanyaDitanya dia masamNamun begituJelingannyaAku faham Senyumlah senyumlahAh! Ha!Cek mek molek Nyanyi sambil gelek-gelek macam M. Daud Kilau naa.... Jangan lupa gorengan Cek Mek Molek dalam kuali tu, nanti hangus pulak! Jom gentel-gentel adunan keledek dengan tepung gandum nak buat Kuih Cek Mek Molek! Dah berapa kali buat kuih ini, tapu susah sikit nak cerita tentang sukatannya, terutama bab tepung gandum tu. Yang...
Selamat bercuti sempena Tahun Baharu Cina, Tahun Ayam 2017. Jom ambil kesempatan jengok dapur, bagi yang tak ke mana-manalah seperti Amie. Kali ini Amie nak kongsikan sejenis makanan tradidi masyarakat Bugis di Sabah iaitu Pegedil Jagung. Amie pernah buat beberapa kali, terutamanya ketika Amie sediakan bubur jagung atau barobbo DI SINI dan DI SINI. Terima kasih buat Nani Daud yang sudi kongsi nama pegedil jagung...