Bertemu kembali di ruangan yang semakin bersawang ini. Maklumlah.... dah lama tak kongsi coretan, baik resepi atau pun cerita-cerita yang sewaktu dengannya. Memang terasalah sepinya bila hari demi hari, dan minggu berganti minggu dengan keadaan yang sama... Nak masak pun, dapur masih belum siap sepenuhnya. Apalagi nak ambil gambar masakan ... nak tangkap gambar apa kalau dapur tak berasap! Biarlah tukang baiki dapur...
Tell me what you eat, and I will tell you who you are - Jean Anthelme Brillat-Savarin Amie temui kata-kata itu di dalam buku Bosnian Cuisine. Wah! Seronok juga kalau kita main teka-teki begini kan? Ko makan apa? Aku makan tempe! Oh... tempe yea... aku tau ko wong Jowo ha ha haaaa....! Sebagai kenang-kenangan, Amie kongsikan sebuah resepi tradisional masyarakat Bosnia iaitu Bosanki...
Makan Congkak? Huh! Nak Tahu, teruskan bacaan anda. Tak tahulah apa istimewanya tempat makan ini... Aton selalu hantar gambar makanan di sini. Bila berkesempatan singgah sekejap di kampung pada 9 September 2016 lepas, Aton pun ambil juga kesempatan bawa Amie ke situ..... ke tempat makan yang selalu disebut-sebutnya iaitu Tanah Aina Cafe by Farhana's Oven. Kesian jugak pada Aton sebab dari pagi lagi...
Hari terakhir di Bosnia and Herzegovina... Kami sempat mencari alas perut di Sebilj, dan makan doner kebab. Di sini (dalam bahasa Turki) disebut Döner Kebap yang bermaksud panggang berpusing. Kebab Turki ini dipanggang secara menegak. Saiz doner kebap (kebab) ini besarlah juga... berbanding dengan saiz kebab yang kita biasa beli dan makan di pasar malam. Sebaik sahaja kami memesan doner kebap, pelayan wanita...
Azan berkumandang bersahut-sahutan..... Rupanya banyak masjid yang berdekatan di sekitar Sarajevo. Walaupun berlaku perbezaan waktu 6 jam dengan negara kita, tapi jangan risau sebab azan yang dilaungkan segera mengingatkan tibanya waktu solat fardhu. Amie tidak pula mencatat jam berapa setiap kali masuknya waktu solat, cuma pada hari pertama semasa menungu waktu solat Subuh, azan berkumandang pada pukul 5.48 pagi. Jangan lupa kunjungi Masjid...