Ikan Layar Masak Lada Putih
6:23 PTG
Kalau ikutkan hati, malas nak ke dapur! (Ayat menunjukkan sedang emosi sikit). Ahaks! Kenapa rasa begitu Amie? Tentu ada yang menusik hatinya tu....
Ya! Memang ada yang menyentuh hati ini. Apa tidaknya, setiap kali kita di dapur, ada saja suara bertanya : Mommy masak apa? Mommy bubuh kuah banyak ya.... Mommy masak kari ya.... Mommy masak ikan sos ya... Mommy masak itu...Mommy masak ini ya... Aduh! Suara siapakah itu?
Nampaknya suara itu sudah agak lama tidak kedengaran menerjah cuping telinga. Suara itu.... suara baru pulang dari sekolah.... suara yang kedengaran sebaik sahaja masuk ke ruang dapur, dan ada kalanya baru buka pintu, masuk ke dalam rumah, terus bertanya dari ruang tamu...Mommy! Mommy masak apa?
Mudah-mudahan empunya suara yang dirindui ini sihat-sihat saja di sana. Lapang dada dan hatinya menerima ilmu. Oh! Anakanda Fuad!
Hmmm.... Petang ini kita masak ikan layar, masak dengan lada putih... pinjam resepi tradisi keluarga Encik Suami. Masakan ini sangat digemari Fuad. Sewaktu kami menjamah hidangan petang tadi, kita bersuara:
Kalau ada Fuad, sambil makan matanya tak lepas tengok lauk ikan layar! Takut orang lain habiskan!
Encik Suami tertawa. Farid dan Fairuz selamba saja menikmati hidangan masing-masing. Kita pun telan-telan saja nasi dalam pinggan, sambil mecari rasionalnya.... Takkanlah nak hantar lauk tu ke Labuan!
Lepas makan, Encik Suami pun berbual-bual menerusi telefon dengan Fuad! Alhamdulillah... dapat juga dengar suaranya.
Bahan-bahan:
1 keping ikan layar seberat 1kg - bersihkan dan potong ikut citarasa
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan secawan air
1/2 cawan minyak
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk:
1 sudu besar lada putih
3 inci halia
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan ikan layar dan gaul seketika sehingga ikan berubah warna atau kelihatan layu.
3. Tambahkan bancuhan air asam jawa. Biarkan sehingga ikan masak dan kuah terbit minyak.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
3 inci halia
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan ikan layar dan gaul seketika sehingga ikan berubah warna atau kelihatan layu.
3. Tambahkan bancuhan air asam jawa. Biarkan sehingga ikan masak dan kuah terbit minyak.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.
Beginilah rupa Ikan Layar Masak Lada Putih yang biasa MIL masak. Bahagian sirip dan perut ikan layar memang banyak lemak! Jadi, bila dimasak, nampaklah 'minyak' tu memunculkan dirinya. Untuk menjaga kesihatan, eloklah kurangkan jumlah minyak tu...
3 comments
sedap ni Mie macam ikan rebus jugak lah kan cuma ia nya di tumis
BalasPadamboleh lah try nnt, tapi ikan layar tu tak tau lah pulak
berseleranya tengokkk..
BalasPadamSalam kalau ikan tu banyak lemak dan minyak eloklah minyak tuuntuk kesihatan jantung dan otak etc.
BalasPadamKalau gitu tumis kering aja lah rencah rencah tu so elok minyak ikan ada.
Selalu saya makan ikan salmon Best lagi banyak lemak. Minyak ikan. Tapi..... ikan salmon yg warna oren bernyala yg diternak di beri makan pellet yg mana diadukan dengan tahi ayam dan dicampur pewarna.yg saya perasan lepas makan salmon aja badan selalu gatal gatal kulit.
So saya kurangkan. Saya beli ikan dari sri Lanka frozen selar yg sedang sedang. Bila saya goreng dlm air fryer lemaknya sama atau lebih banyak dari ikan salmon atau sepelupunya dari laut sejuk.
So ikan air laut dalam di perairan kita pun sama hebat nya...
Selamat hari raya
N
Pembaca senyap...