Laksa Penang .... Salam Rindu Yang Teramat Rindu!!!!
2:01 PTG
Salam rindu...
Rindu yang teramat rindu.... setelah memerap untuk tempoh yang agak lama selepas raya.... namun dapur kecilku tak mungkin daku lupakan!
Selamat berhujung minggu buat semua. Puaslah sudah menjamu selera di sana dan di sini, mengunjungi rumah terbuka teman rakan, dan sahabat handai. Malam tadi Amie sekeluarga berkumpul sekali lagi di kampung, bersama ipar duai dan sanak saudara sambil menikmati juadah yang disediakan. He he heee.... sebenarnya Amie yang tolong kakak ipar sediakan juadah termasuk soto ayam, nasi minyak bersama lauk daging kurma, pajeri nanas dan beberapa jenis lagi. Harap semuanya berpuas hati... maklumlah, dalam kesibukan waktu diberi mandat pula untuk masak-masak. Letih memanglah tak boleh nak cakap! Ketika mereka sedang menikmati juadah sambil beraktiviti di beranda rumah, Amie terlelap di ruang tamu.... mmmm itu cerita semalam. Lupakan semua yang berlemak-lemak, tinggalkan segala kolesterol yang diternak, kita beralih kepada resepi hari ini... Laksa Penang!
Dulu... Amie pernah kongsikan resepi laksa DI SINI.Tapi itu Asam Laksa, bukannya Laksa Penang.
Makan sorang-sorang tak sedaplaaa....
Kena makan ramai-ramai baru ada ummppphhh!!!!.
Lagi pun kalau kita buat laksa, kita buat lebih. Makan sekali, nanti kejap lagi nak makan lagi dan lagi!
Jom kita intai resepinya... resepi yang memang sudah banyak orang tahu, tapi nak kongsikan juga di sini. Mana tahu ada pengunjung sesat atau adik-adik yang baru nak mula belajar buat laksa... bolehlah cuba.
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung & 1/2 kg ikan selayang - rebus dan ambil isinya / kisar
2 bungkus laksa kering - rendam hingga lembut - celur
7 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan (belah 2)
1 sudu besar petis
2 liter air
garam & perasa pilihan
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
2 cm belacan
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Bahan pelengkap hidangan laksa:
1 biji timun - potong nipis
1 rumpun daun salad - hiris nipis
4 labu bawang besar - mayang
10 biji telur - rebus, kupas dan belah
1 biji nanas - buang kulit dan ricih-ricih
secekak daun pudina
5 biji lada merah - hiris nipis
limau kasturi - belah dua
Cara:
1. Satukan isi ikan dengan air rebusan, bahan kisar dan tambah air mengikut kepekatan yang diingini.
2. Masukkan daun kesum, asam gelugur, bunga kantan dan garam serta perasa pilihan.
3. Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar isi ikan tidak berketul.
4. Masak sehingga asam gelugur kembang dan rasanya sebati.
5. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama di atas api.
6. Hidangkan bersama laksa yang telah direbus dengan bahan pelengkap yang lain.
Jom makan sama.
Bismillah..... selamat tinggal Syawal.... in shaa Allah jumpa lagi!
7 comments
Salam sayang Amie, dlm pada letih tu jadi juga laksanya. Kalau mkn berdua,baik beli :-)
BalasPadamKakpb pun rindu nak komen blog kwn2,tapi masa yg tak bagi kita peluang beramas mesra....hahaha
Assalamualaikum Amie, kita ni kadang macam tu.. bukan boleh tinggal blog dapur kita lama-lama kan. Kalau tinggal, akhirnya ter rindu jugak..hehehe.. lama tak makan laksa penang.. Nak buat jugak lah rasanya..
BalasPadamsedapnya laksa penang...nak cuba la nanti
BalasPadamMaisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)
Salam rindu amie,, selamat hari raya jugak, saya pun dah lama menyepi dari berblog tiba tiba ternampak gambar laksa amie yang sungguh menggoda itu.
BalasPadamapa beza asam laksa ngan laksa penang?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAmie, Laksa ni BEST!
BalasPadam