Kek Lapis Cheese Masam Manis : Kek Lapis Paling Sedap di Dunia!

10:19 PTG

Rindu rasanya untuk bercerita kisah dari dapur!
(Untuk teman-teman Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu, harap bersabar menanti entri seterusnya... tak akan lari Gunung Kinabalu walau dikejar ha ha haaa...)

Nak mulakan entri tentang resepi pun rasa kekok pulak dah! Wokeeeyyyy... cerita hari ini, sebelah pagi sampai tengahari sempat menghadiri majlis aqiqah di rumah jiran, dan sebelah petangnya pula kami seisi keluarga hantar Farid ke lapangan terbang. Tak terasa masa berlalu begitu pantas, tak tersedar sudah 5 minggu Farid menghabiskan masa cuti semester pertamanya bersama kami. Firdaus pulak buat hal.... ketika Farid nak naik kapal terbang, asyik memanggil-manggil pulak nama si abang nak ikut sama! Aduhai anakku!

Sebentar tadi dapat panggilan telefon daripada Farid. Alhamdulillah sudah selamat sampai ke KLIA. Moga anakanda sentiasa sihat, dan di bawah lindungan Ilahi.

Dah cerita tentang Farid, mari kita cerita tentang Kek Lapis Cheese Masam Manis yang sudah semestinya istimewa dari segi bahan - bahannya, cara penyediaannya dan rasanya yang (bagi Amie) paling sedap di dunia!

Sekiranya anda ingin membuat kek lapis yang paling sedap di dunia ini, pastikan anda sanggup membuat sedikit pelaburan untuk mendapatkan hasil yang berbaloi-baloi... Amie sayang sangat resepi ini sebab Amie belajar untuk pertama kalinya di kelas masakan, dan bila Amie buat sendiri ternyata sangatlah sedapnya, dan kemudian tempahan demi tempahan Amie terima sehinggalah Amie tak larat nak terima! Bukan apa... kesukaran untuk mendapatkan bahan dan juga tempoh membakar yang lama membuatkan Amie berfikir lebih tiga kali untuk menerima tempahan! Dan satu lagi.... sebab suka layan angin maleeesssss tu!

Akhirnya angin malas bertukar juga menjadi angin rajin setelah Cikgu Leong (rakan yang paling banyak menempah kek ini) dari tahun lepas lagi meminta Amie buatkan kek ini untuknya. Tahun lepas, katanya dia ingin bawa sebagai buah tangan untuk ibunya di Penang. Tapi Amie tak dapat tunaikan hajatnya. Awal tahun ini Cikgu Leong sekali lagi meminta sekiranya Amie boleh buatkan untuknya. Bila mendengar, ini merupakan tahun pertama setelah 23 tahun bertugas di Sabah beliau akan menyambut Tahun Baru Cina bersama ibunya di Penang, Amie usahakan juga untuk memenuhi permintaannya.
Nampak sungguh wajah ceria Cikgu Leong bila melihat kotak-kotak kek berada di atas mejanya! Katanya, satu kek untuk ibunya, satu kek lagi untuk ibu mertuanya, satu kek seterusnya untuk iparnya dan satu lagi untuk keluarganya sendiri.
Jadinya, alang-alang dah buatkan untuk Cikgu Leong, eloklah buat sebiji untuk keluarga sendiri (walaupun waktu itu (dua hari sebelum bertolak ke Kundasang untuk ekspedisi daki gunung) letihnya ya ampuuunnn... sebab ada tempahan nasi briyani sebanyak 62 bungkus lagi!)

Catatan: Amie gunakan 80% daripada jumlah bahan yang digunakan, misalnya 200 gram dari 250 gram tepung Hong Kong, 200 gram daripada 250 gram cream cheese, 8 biji telur, dan seterusnya.... (kalau nak ikut cara Amie buatlah kiraan sendiri ye) sebab Amie tak mahu berlama-lama di depan oven. Satu lagi, kalau tak ada Philadelphia Cream Cheese, gunakan jenama lain pun ok, tapi kalau tak ada Parmesan Cheese nanti lain pulak rasanya. Mentega kualiti tinggi pula, boleh pilih mana-mana jenama seperti Anchor, atau Golden Churn dan lain-lain.
Bahan-bahan:
250 gram Philadelphia Cream Cheese
100 gram parutan Parmesan Cheese
450 gram mentega berkualiti tinggi
100 gram gula halus
1 tin susu pekat manis - (berat 505 gram)
10 biji telur gred AA
30 gram ovallette 
250 gram tepung Hong Kong
150 gram Horlicks
haw flakes secukupnya 
pewarna hijau pandan

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.
Cara:
1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete. 
2. Setelah kelihatan sebati, masukkan Philadelphia Cream Cheese serta parutan Parmesan Cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga  kembang dan pekat.
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks.
6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. 
7. Amie warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna hijau pandan, dan satu adunan lagi tanpa warna.
8. Ambil 1 senduk adunan berwarna hijau pandan dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit.
9. Keluarkan loyang kek dan untuk mengelakkan daripada kek menggelembung, cucuk-cucuk permukaan kek dengan garpu, atau tekan dengan penekan kek - lakukan begini pada setiap lapisan kek.
10. Susun haw flake di atas permukaan kek. 
11. Ambil 1 senduk adunan tanpa warna dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.
12. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai.
13. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.

Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, kenalah sabar menunggu 2 atau 3 hari selepas kek ini masak. Kalau terus dipotong, kek belum begitu mesra walaupun rasanya sudah terasa sedap. Cuba bandingkan gambar kek di atas dengan gambar kek di bawah. Gambar kek di atas Amie ambil selepas satu malam kek dikeluarkan dari oven. Manakala gambar bawah pula, kek dipotong selepas 2 hari. Nampk lebih moist kan?

Kek Lapis Cheese Masam Manis ini termasuk dalam kategori kek mewah! Sebagaimana anda sanggup mengeluarkan belanja lebih untuk menyediakan bahannya, pulangannya sudah tentu memuaskan hati anda!

11 comments

  1. owh tergodanya nengok kek lapis ni Amie

    BalasPadam
  2. tq kak sudi share resepi sedap ini, selalu kek lapis asam manis yg saya tengok tak guna cheese...yg ini betul2 resepi istimewa..

    BalasPadam
  3. assalamualikum amie...nmpk sedap le....akak pun nak order dr amie :)

    BalasPadam
  4. Kak amie xd wt klas mmasak k?klau ad..sy nk join.hahaha

    BalasPadam
  5. Dina,
    Anne,
    setakat ini saya dah tak terima tempahan lagi...

    BalasPadam
  6. Salam. Kak, terima kasih byk atas perkongsian resipi ya. Saya dah try buat, alhamdulillah, 1 keluarga suka..hehe..

    BalasPadam
  7. Nur Afiqah,
    terima kasih kembali sudi mencuba... bolehlah nanti buat hidangan hari raya :)

    BalasPadam
  8. Amie, kalau nak buat kek lapis masam manis shj, ikut resepi kat yg sama di atas ye cuma x perlu letak cheese?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe