Assalamualaikum. Petang tadi Amie cuba resepi istimewa dari dapur SPICES JOURNEY. Agak lama juga Amie meneliti resepi kari ikan yang dimasak oleh Sheila. Berkunjunglah ke dapurnya, pasti anda terliur melihat paparan kari ikan mamak style yang sungguh istimewa! Warna kari Sheila memang cantik, kuahnya berlinang-linang dan mengecurkan liur. Bagaimana pun Amie perlu berpuas hati jugalah dengan hasil air tangan Amie walaupun tidak secantik dan...
Assalamualaikum. Jom makan Bubur Kacang Durian Bukit Hijau! Sebab apa namanya ada Bukit Hijau, sebab Amie gunakan resepi Bonda. Bubuh halia dan bawang putih! Nanti Amie tulis resepinya ye. Sekarang bukan musim durian di tempat Amie. Sebab teringin makan durian, kami beli durian dari Filipina. Inilah rupa durian dari Filipina. Sebiji harganya RM30. Anak-anak memang tak makan durian. Jadi, beli sebiji boleh makan...
Assalamualaikum. Entah berapa hari tak menjengok dapur. Amie mesyuarat di luar daerah dan tinggalkan rumah sejak pagi Ahad, jadi badan pun agak letih kerana perlu ambil tindakan segera untuk beberapa urusan. Petang tadi terlelap hingga ke pukul 5.30 petang, sewaktu Encik Suami pulang. Alamak.... belum masak untuk makan malam anak-anak! Amie buru-buru ke dapur, mencari dan menggeledah peti sejuk mencari bahan yang mudah...
Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Aidil Adha pada hari esok. Amie sekeluarga tak balik kampung. Kami beraya seadanya di sini. Sebelum menjelang raya esok, Amie sudah siapkan hidangan Nasi Kambing Mandhi untuk seisi keluarga pada hari ini. Memang agak lama juga hendak memasak resepi ini tetapi tidak terbuat-buat. Akhirnya, terlaksana juga hasrat untuk memasaknya. Itu pun setelah berkali-kali membelek resepi, merujuk sana-sini termasuk blog...
Assalamualaikum. Selamat menyambut Aidil Adha buat semua. Bagi yang pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya. Moga selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke rumah sendiri. Sebelum raya menjelang sehari lagi, jom sama-sama kita ratah dulu Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas di bawah ini. Yang suka meratah ketam tentulah anak-anak! Resepi : Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas Olahan...
Assalamualaikum. Atas permintaan anak-anak, sekali lagi Amie buat Ayam Panggang Rosemary. Kali ini Amie sediakan mengikut resepi sepenuhnya, yang Amie ambil dari DAPUR IBUNDO. Sumber resepi adalah dari tuan yang sama iaitu dari dapur Wana - POTRET KASIH. Makan malam kami sudah tentulah seekor ayam panggang dengan 10 biji kentang seberat 1kg! Inilah rupa kejadian Ayam Panggang Rosemary atau lebih terkenal dengan nama Rosemary Grilled...
Assalamualaikum. Hari minggu yang redup ini, Amie cuba satu resepi gandingan timur dan barat. Amie masak Nasi Ayam tetapi berlauk Ayam Panggang Rosemary. Kemudian Amie tambah acar timun bubuh kacang tanah tumbuk serta sos sambal. Untuk Nasi Ayam, Amie tidak masak seperti kebiasaan, kerana Amie gunakan minyak zaitun sebagai pengganti marjerin. Selalunya Amie masak cara kukus tetapi kali ini Amie gunakan rice cooker...
Assalamualaikum. Akhir-akhir ini rasa rindu selalu membuak di dada.Rindu pada Bonda. Rindu kampung halaman dan rindu segala kenang-kenangan sewaktu bersama keluarga suatu masa dahulu! Apakan daya, diri terbuang jauh di rantau, pulang hanya sekali-sekala sekiranya ada kesempatan. Rindu ini tidak mampu dibayar oleh wang ringgit! Oh... tiap kali menelefon Bonda, tiap kali itulah terasa bersama Bonda duduk menemaninya di atas tangga, sambil berbual-bual...
Assalamualaikum. Ketika Encik Suami melangkah masuk ke dalam rumah petang tadi, wajahnya kelihatan layu, letih dan lesu. Selepas menunaikan solat Asar, Encik Suami baring di atas sofa. Tahulah Amie, badannya tentu rasa kurang sihat. Biasanya, Encik Suami akan menemani Amie masak di dapur, sambil minum teh panas dan menjamah biskut atau pisang goreng yang dibelinya di gerai. Amie biarkan Encik Suami berehat di...
Assalamualaikum. Petang ini Amie kongsi resepi orang kampung Amie di Bukit Hijau sanun..... Menu ini cukup terkenal bila tiba penghujung bulan puasa. Maklumlah, masyarakat kampung kami yang rata-ratanya terdiri daripada keturunan Jawa akan sibuk memasak pelbagai juadah untuk dijadikan punjungan. Yang bukan Jawa pun ikut sama terlibat dengan tradisi kami, terutamanya masyarakat Banjar dan Melayu walaupun hanya golongan minoriti kampung kami. Bagi yang...