ADSENSE

Ahad, 28 Julai 2013

Resepi Biskut Tart Nenas .... yang kucari selama ini!

Akhirnya Amie temui jua resepi Biskut Tart Nenas yang dapat memenuhi citarasa Amie selama ini! Terima kasih Raihanna dari SWEET V@NiLL@ kerana sudi berkongsi resepi yang diperolehi daripada mamanya yang belajar buat resepi ini daripada seorang peniaga kuih tart. Jemput ke dapur Raihanna untuk tutorial selanjutnya, dan anda pasti teruja untuk mencuba resepi ini sendiri. 

Alhamdulillah, Amie sangat berpuas hati dengan penerangan panjang lebar daripada Raihanna sebelum mencuba tart versi ini. Kata Raihanna, gunakan butter yang sedap, kulit tart tidak boleh tebal sangat untuk elak rasa muak, dan inti jem mesti mau banyak! Katanya lagi, untuk mendapatkan tart nenas bentuk buah seperti di bawah ini, tidak boleh gunakan jem yang cair, tidak boleh gunakan doh yang gebu seperti tart gulung kerana bila masak, biskut akan mengembang dan jadi penyek. Jadi, adunan tart yang Amie paparkan ini ikut arahan Raihanna supaya tidak gunakan tepung jagung atau tepung kastard seperti kebiasaan dalam membuat tart.


Tahukah anda kenapa tart nenas Amie teramatlah montelnya? Adeeehhhh.... untuk hari ini nampaknya ini sahajaah yang dapat Amie hasilkan. Pada mulanya memang hendak menyiapkan beberapa jenis biskut tapi.....


Pada mulanya, Firdaus tidur dengan lena sekali. Amie pun dengan senang hatinya menyelinap ke dapur, tinggalkan Firdaus dalam buaian bersama Encik Suami dan abang-abangnya. Ketika Amie menguli doh, terdengar rengek-rengek Firdaus....


Makin lama makin kuat.... rupa-rupanya Firdaus menangis! Dan tangisannya berlarutan sampailah Amie siap membakar biskut ini. Entah berapa kali Encik Suami bawa Firdaus ke dapur! Aduhai sayangggggg.... akhirnya tart yang dihasilkan tak nampak rupa seperti yang dibayangkan! 


Sebenarnya Firdaus ingin bermain-main,  dan dilayan bercakap. Tapi semua 'penjaganya' mengantuk dan pakat tidur ramai-ramai. Itu yang buat Firdaus tambah mengamuk tu... kesian sayang Mummy, habis bengkak mata menangis ye sayang! Tak apalah, biar biskut tart nenas Mummy jelek rupanya, asalkan sedap rasanya. Besar nanti bantu Mummy gentel inti tart ya... bolehlah kita bakar banyak-banyak sebab biskut tart nenas ni kegemaran Mummy.


Inilah hasil kerja bila dah kelam kabut nak cepat siap. Lintang pukang dah tak tentu hala kedudukannya. Kalau boleh nak buat besar-besar penumbuk biar cepat siap ha hahahhaaa.... iyelah kalau dah dengar Firdaus menangis, rasa nak terus dukung dan peluk-peluk. Apa pun siap jugalah tart gemuk gedempul, tak sama saiz, ada yang lonjong, ada yang tirus dan ada yang bulat tapi semuanya sempat Amie bubuh tangkai batang bunga cengkih.
Jom semak resepinya.

Resepi : Biskut Tart Nenas Bentuk Buah

Bahan untuk inti : Jem Nenas
2kg nenas anggaran 2 biji - parut
400 gram gula pasir
1 sudu teh essen vanilla
3 titik pewarna kuning
sebatang kulit kayu manis jika suka

Cara:
1. Buangkan sedikit air nenas yang diparut tetapi jangan sampai kering.
2. Satukan semua bahan di atas di dalam rice cooker dan kemudian tekan 'on'.
3. Biarkan periuk tidak bertutup untuk mengelak air nenas membuak-buak, dan bila air mula kering sedikit bolehlah tutup rice cooker.
4. Pastikan jem benar-benar kering sebelum diangkat, dan sekiranya butang button rice cooker terangkat, sila 'on' kembali sehingga jem kering.
5. Tapis jem, dan simpan dalam peti sejuk supaya jem menjadi agak keras sedikit. Struktur jem nenas nampak cantik dan kelihatan bertali kerana diparut.
6. Gentel  dan bulat-bulatkan jem mengikut saiz yang dikehendaki untuk memudahkan kerana selanjutnya.

Bahan untuk doh tart
Bahan A:
1 kg tepung gandum
630 gram butter pada suhu bilik

Bahan B:
4 biji kuning telur
1 biji putih telur
2 sudu teh essen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Bahan lain:
bunga cengkih secukupnya
1 biji telur & pewarna kuning lemon - satkan, dan pukul ringan

Cara:
1. Uli Bahan A sehingga rata.
2. Satukan Bahan B, cukup sekadar ratakan, tak perlu dipukul.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A.
4. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
5. Ambil sedikit doh dan leperkan. 
6. Masukkan jem, dan leperkan jem tadi.
7. Tutup semula doh dan bulatkan ia supaya tertutup rapatdan kelihatan kemas.
8. Kemudian bentukkan supaya menjadi lonjong.
9. Gunting permukaan doh menjadi bentuk segi tiga tetapi jangan sampai putus .
10. Cucuk batang bunga cengkih menjadi tangkai atau sebagai hiasan.
11. Sapukan telur yang telah dipukul dengan pewarna kuning lemon.
12. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 30-40 minit.


Selamat mencuba, buat cantik-cantik dan dalam keadaan tenang dan bukannya kelam-kabut macam Amie petang tadi ye... he he ehhh. Yang ini Amie makan-makan gitu je, bukan untuk hidangan raya ... nampak montelkan macam pipi Firdaus!

9 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie..Tart idaman gak ni tapi tak terlaksana, yg bestnya tiap2 tahun dapat makan..hasil air tangan kekandaku rosaliza hehe..adiknya main makan ajer hehe..
Eh!dah cantik sangat la kak amie tart ni..
Kalau saya, rasanya besar2 penumbuk firdaus kot haha, janji cepat siap

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. rajinnyer.. tun pernah buat sekali tat nenas, yg jenis gulung2 tu.. adehh..sgt memenatkan.. huhu..

azieazah berkata...

Firdaus dah pandai jeles yerrrrr.... nanti dah besar sket, ajak dia la jadi peneman kat dapur. Sambil buat kuih, sambil borak borak. Bestttt...

mamaAna berkata...

Assalamualaikum amie...
Salam perkenalan....
MA selama nie memang peminat amie...
as a silent reader, baru buat blog..
Peminat tart jugak nie...montel-montel tart amie...okeyle tuu, puas makan...
Amie kalau senang-senang nanti jemput le ke rumah MA ye...

ummiross berkata...

Cantiknya buah nenas masak ranum Amie ni, rasa nak bawa lari sedulang, hehe..

Yatie berkata...

alahaiiiiii ciannya Firdaus, meh c.aty tlng jagakan biar mama buat sekut raya banyak2 ya..nnti boleh bagi biskut raya/kek lapis free je kat acik..he3...adilkan...he3...

cantik dah kejadian tart tu Amie...kok telaten temen kue..aku malessss temen saeke...hohoho..

Ena berkata...

Ena pun penggemar tart.. nampak sedap dah montel je tat tu.. sedapnya...


ciannya firdaus.. alahai..

rahel berkata...

Waw...terbaek punya tat gunting....

Gaël Ravera berkata...

salam amie, hehehee baru je buka blog awak cari resepi tart nenas.. tengok ada yg sama mcm kita makan dulu.. btw boleh tau x kalau adunan ni boleh dpt berapa biji? tq Amie.. :)