ADSENSE

Isnin, 15 Julai 2013

Pilihan Resepi Ringkas Untuk Berbuka & Bersahur di Dapur Shahriah Abdullah

Diam tak diam sudah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa. Nampaknya banyak perkongsian menu yang terpapar secara maya, dan terpulanglah di atas kebijaksanaan kita untuk memilih resepi yang sesuai untuk berbuka atau pun persediaan untuk bersahur. Kali ini Segmen Meriahnya Dunia Masakan menampilkan seorang lagi rakan maya yang sentiasa bersemangat, ceria dan tidak pernah lokek berkongsi resepi miliknya yang kebanyakkannya diwarisi secara turun temurun daripada ibunya. Terima kasih Shahriah Abdullah di atas kesudian memeriahkan dan menyumbang pelbagai resepi dalam ruangan kumpulan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN. Bagaimanapun nampaknya akhir-akhir ini dapur Shahriah agak sepi dan kurang berasap disebabkan komitmennya terhadap tuntutan mengendalikan perniagaan barunya. Jemput datang ke Sweet & Spicy by Mommasha untuk lebih lanjut. Tahniah Shah, kerana telah berjaya mengorak langkah menerima tempahan untuk pelbagai majlis termasuk majlis hari jadi, kesyukuran dan juga perkahwinan, serta menyediakan pelbagai door gifts dan lain-lain tempahan.

Walau bagaimana pun banyak resepi di dapurnya yang ringkas dan enak boleh diselongkar untuk dijadikan menu berbuka dan bersahur sepanjang Ramadhan ini. Apalagi, jom terus terjah ke dapur Shahriah Abdullah : The Writer's Cooking

                             
Shahriah dengan buku resepinya yang terkenal dengan menu ringkas, mudah dan enak untuk dicuba! Walaupun sudah memiliki buku resepi sendiri, namun Shahriah tetap bermurah hati berkongsi pelbagai menu di blognya untuk tatapan bersama. Jom kita pilih menu untuk berbuka puasa petang nanti.

                                                 
  Kita cuba  Sirap Bandung Tapai yuk!


Wow! Ada Pengat Ubi & Keledek pulak!


Oh! Mak Bonda! Nak pilih Pengat Keladi!


Tak boleh jadi! Nak juga Bubur Pulut Hitam!


Rasa nak pengsan bila tengok Bubur Kacang Durian!


Kita cuba Bakso nak?



Asam Laksa di atas ni pun mengecurkan liur!




Adeeeehhhh mana satu nak pilih! Sup Tulang Rebus pun nampak sangat sedap!


Boleh pilih menu Nasi Ayam Pandan Masak Merah untuk makanan jenis berat. WSalla cantiknya hidangan ini Shah!

Weh! Ada Nasi Ayam Black Pepper! Pengsan sekali lagi!


Kari Ikan Merah yang sungguh menyelerakan.



Bila buka tudung saji... nampak menu di atas...pengsan terus!!!!!!!!!!!!!!
Disebabkan pengsan beberapa kali bila buka tudung saji di dapur Shahriah, jadi untuk menu bersahur silakan buka sendiri pintu dapur beliau. Ini alamat dan jalan ke dapurnya : 


Terima kasih daun keladi gajah atas segala perkongsian resepimu Shahriah. Moga terus sukses dengan Sweet & Spicy by Mommasha!

4 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum amie..
sihat ke? macam mana ramadhan ke6 ni.. firdaus ok? amie nyusu badan kan.. ada rasa kelaparan melampau tak? heheh.. saja ja nak survey ibu2 nyusu ni.. :)
>> sedapnya makanan dia amie... bakso tu nampak terliur sangat.. teringin nak cari bakso lah.. sedap pedas2 panas gitu sambil hirup kuahnya.. arghhhhhhh

Qasey Honey berkata...

slm Kak Amie..
aduhhh kak, kesemuanya tu nmpk sedap sgt2 skrg..
moga btabah..hehe

ummiaisyah berkata...

mmg best blog kak shah...tp agk sepi semenjak dua ni..maybe tuan tanah bzzz kan..kan..

mama sara nur berkata...

assalam
sedapnya. macam2 menu ada
paling suka pengat2 tu emmm yummy he hee sy ni berbuka memang cari pengat dan kuihmuih dulu