ADSENSE

Ahad, 21 Julai 2013

Kek Lapis Cheese Durian .... jangka hayatnya sangat pendek sebab sedaaaaaappp!!!!

Akhirnya tertunai juga hasrat hati untuk melapis durian. Hasilnya memang sangat memuaskan hati. Bukan saja bau harum durian segar yang semerbak, tapi keseluruhan kek terasa begitu lembut sekali walaupun baru disejukkan beberapa jam. Kalau tak ingat habis waktu imsak, memang terus pulun tak hingat dunia!


Petang kelmarin Amie sempat siapkan Kek Lapis Masam Cheese Masam Manis tempahan Cikgu Anita Faizal Yee, dan rasanya memang tak sabar menunggu kek ini masak sebab di kepala sudah terbayang hasil kek lapis durian pula. Amie bakar berasingan sebab bimbang bau durian meresap sekali ke dalam Kek Lapis Cheese Masam Manis. Oleh kerana kemaruk nak makan isi duriannya, Amie bubuh lapisan durian 2 kali ganda dari lapisan hijau.
Mungkin ada resepi lain yang menggunakan durian sebagai isi kek lapis, tapi ini cara yang Amie gunakan untuk resepi sendiri. 

Resepi : Kek Lapis Cheese Durian
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
250 gram cream cheese - jenama Anchor
100 gram parutan Parmesan Cheese
450 gram mentega berkualiti tinggi -  jenama Anchor
100 gram gula halus
1 tin susu pekat manis - (berat 505 gram)
10 biji telur gred AA
1 sudu teh baking powder
250 gram tepung Hong Kong
50 gram Horlicks
150 gram isi durian segar - dihancurkan
setitik pewarna hijau epal 
setitik pewarna kuning lemon

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.



Cara:
1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta baking powder. 
2. Setelah kelihatan sebati, masukkan cream cheese serta Parmesan cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga  kembang dan pekat.
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong.
6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian iaitu 1/3 dan 2/3 dan setitik pewarna hijau epal.
7. Campur rata serbuk horlick dalam satu bahagian adunan 1/3, dan adunan 2/3 lagi dicampur sebati dengan isi durian serta setitik pewarna kuning lemon.
8. Ambil 1 senduk adunan berwarna hijau epal dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit.
9. Keluarkan loyang kek dan tekan dengan sterika kek.  Lakukan begini pada setiap lapisan kek supaya kek tidak menggelembung.
10.  Ambil 2 senduk adunan durian berwarna kuning lemon dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.
11. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai.
12. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah menggunakan suhu 100'C dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.


Abaikan permukaan yang kurang rata disebabkan sabut durian yang tidak hancur... tapi memang sangat sedap! Minta maaf....  sekali lagi ulang suara... sangat sedap! Haaa... mana nak cari kek lapis begini sedap? Apalagi... silalah cuba buat sendiri. Resepi sudah Amie kongsikan di atas. Nak bagi jauhlah pulak kita ye.... hihihiii sebenarnya sudah hampir habis pun! Tinggal baunya saja.



Kek Lapis Cheese Masam Manis baru sebentar tadi diambil oleh ibu Cikgu Anita, dan terima kasih Cikgu Anita sebab berpuas hati dengan  tempahan Mango Casablanca yang telah diambil dua hari lepas.

7 ulasan:

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

K.amie...sy mau order...nmpk sgt sedap...rasa nya kirim melalui bas express g kk bole tu...:)

Amie berkata...

ooo sayang Qaseeh... sebenarnya tak ada bekalan durian dah di Lahad Datu, ini pun dah 2 minggu punya simpan dalam freezer... kalau kek lapis lain boleh order.

Asyifa Mustaffa berkata...

Msti sedap ni..bau durian tu..sbb sy hantu durian gak ni...

tun_telani berkata...

salam kak amie... sedapnyerrrrrr... rajin betul akak melapis..

Mas berkata...

mengancamnya tengok kak.....

ibh_sue berkata...

Ooohh kak amie. Begitu menggoda sekali tau. Huhuuu

ummiross berkata...

Aduyai, terliurnya ummi tengok,cepat2 survey dengan poslaju kos penghantaran Amie, nak order kek lapis juga ni, hehe..