Spirals Hailam

2:23 PTG

Hari ini Amie tak masak nasi untuk hidangan tengahari. Amie sediakan Spirals Hailam untuk anak-anak. Jemput makan sama di Amie's Little Kitchen sementara stok masih ada... he he hehehhhh.


Lama tak makan mee hailam, rasa teringin tapi tak ada simpanan mee kuning. Baiklah Amie cuba gunakan pasta kering yang pelbagai macam dalam kabinet tapi jarang disentuh. Amie gunakan spiral untuk bahan masakan Amie kali ini. Amie rebus terlebih dahulu daging ayam dan udang untuk gunakan air rebusannya sebagai kuah Spirals Hailam.


Resepi: Spirals Hailam
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
250 gram spiral - rebus dengan beberapa titik minyak - toskan
300 gram daging ayam tanpa tulang - rebus & tos - hiris-hiris
15 ekor udang harimau & kertas - rebus & tos
1/2 batang lobak merah - hiris bulat
2 biji tomato - cincang
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu kicap pekat
1 susu serbuk pati ayam
300ml air rebusan ayam & udang
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
3 biji telur
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah serta bawang putih hingga garing.
2. Masukkan tomato cincang dan tumis hingga hancur.
3. Masukkan daging ayam dan udang. Gaul sebati.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap. Tuangkan air rebusan ayam dan udang. Biarkan mendidih.
5. Masukkan spiral dan kacau rata.
6. Taburkan serbuk pati ayam.
7. Tuangkan air bancuhan tepung jagung.
8. Jika suka, sediakan satu ruangan berkuah dan pecahkan telur di dalamnya. Biarkan telur setengah masak.
9. Spirals Hailam siap untuk dihidangkan.
10. Jika suka hidangkan bersama cili jeruk.


Selamat menjamu selera dengan menikmati Spirals Hailam.

29 comments

  1. nyeh..nyeh..datang awal ptg ni..panas kuah hailam ni dah terasa kt tekak ni...
    bagusnya rakyat jelata kt rmh tu ye x byk karenah apa chef amie masak...

    BalasPadam
  2. salam amie...liza dah dtg ni...bg spiral hailam 2 pinggan dgn jus epal sejug....hihihihi

    BalasPadam
  3. saya pun sama,dah lm xmkn mee hailam..nmpk spirals hailam kat sini,terus terliur..

    BalasPadam
  4. Saya pun suka simpan stok pasta. Senang kalau malas nak makan nasi atau ada yg datang mengejut....

    BalasPadam
  5. Ucu,
    alhamdulillah...rakyat kakak memang tak banyak songeh, jadi bolehlah hidup walau tercampak ke mana, walau ke negeri mana ,ke budaya mana.. taklah cerewet pasal makan ye Ucu. Apa yang dihidang itulah yang dimakan, senang urusan.

    Liza,
    boleh....kejap lagi buat jus epal...he hehehh nampak jugak dia epal tu ye.

    Kamalia,
    dah lama spiral tu melingkar dalam bekasnya...baiklah dimasak.

    Hazila,
    pasta kering ni sentiasa elok, memang bagus buat stok lebih.

    BalasPadam
  6. kak Amie terguda lagi ni lamanya tak buat mee hailam dan seangkatan dengannya

    BalasPadam
  7. Sekali-sekala gantikan nasi dengan pasta ok jugak kan Amie, ummi pun makan sphaghetti je tengahari ni, tapi beli punya, hihii!

    BalasPadam
  8. lama sy tak makan spirals ni..hhuu..k.amie buat sy terliur

    BalasPadam
  9. wah spiral pun boleh buat hailam gak...saya semalam makan mee hailam kak amie..hehehe

    BalasPadam
  10. ponn ponnnnn ....alaaaa, datang lambat tentu habis..!!!!
    Sedapnya!!!!!

    BalasPadam
  11. kalau rajin boleh buat, kalo malas tengok ajer lah kat sini sambil telan air liur .

    BalasPadam
  12. wah kemas sungguh hasil masakan akak..confirm sodap nih..

    BalasPadam
  13. Salam Kak Amie..woooiiii Weeeeee..ngancam abisss spiral hailam akak...good idea....

    BalasPadam
  14. salam kak amie ..

    ada lagi ke .. spirals hailam tu .. dah bawak mangkuk nak menadah neh , ,,hihi..sedapnya kak amie ... nampak kelainan sikit bila dihidang dgn pasta neh.. sedaplah kak amie .. nasi asoka kat bawah tu pun sedap .. pendek kata dok waiting list resipi la nih.. hihi

    BalasPadam
  15. saya suka dtg sini..bila nk terbitkan buku masakan kak..Ke dah ada?? Macamana harus pandai masak..coz saya tak craeative sangat

    BalasPadam
  16. Salam Amie...sedap akak tenguk spiral tu....bolehla tumpang dinner aje kat cni...

    BalasPadam
  17. wahh amie..sedapnyerrr...nti nk try ler wt camni... nyumm....nyumm...nyummm...

    BalasPadam
  18. salam kak amies...

    saya plak tak biasa makan spiral nih...selalu spageti dgn macaroni jaa..

    BalasPadam
  19. sedapnya..hari2x..cuci mata kat sini samnil terliur tgk makanan yg sedap ni..he2x..

    BalasPadam
  20. Chik Mimi,
    teringin nak makan mee hailam yang macam di Kelang tu, jadi buatlah sendiri tapi pakai spiral je.

    Ummi,
    apapun makanan yang mengenyangkan, kira okeylah untuk lunch ke, untuk dinner ke..betul tak Ummi.

    Pen Biru,
    apa tunggu sampai berliur...he he hehh marilah makan sama, lap dulu liur tu ye...

    BalasPadam
  21. Quinnie,
    apa sajalah bahan yang ada dik, campur gaul jadiklah satu resepi.. he heheh

    MP,
    habis dah...nanti kak Amie masaklagi untuk MP.

    WC,
    hentam keromo saja WC, asal jadik!

    BalasPadam
  22. Papa Mifz,
    sodap...memang sodap!

    Sue,
    buat gaya cacamerba aje Sue.

    Wani,
    sesekali ubah menu ye Wani.

    BalasPadam
  23. Qaseeh,
    ha ha hahhh...menu entah apa2 yang dihidang, manalah penerbit sudi nak sunting buat buku Qaseeh....

    Paty,
    jemput kak...masuklah ke dalam ye.

    Sugar 'n' Spice,
    boleh cuba...selamat mencuba!

    BalasPadam
  24. Chikadak Biru,
    sama saja tu...sepupu seipar sebiras... he he hehh keluarga pasta kering juga.

    Mama Aini,
    terima kasih sudi jenguk dapur kakak.

    BalasPadam
  25. Salam amie..atie dtg bawak pinggan nak tapau Spirals Hailam...udang lbh ya.

    BalasPadam
  26. assalamualaikum kak amie
    menariknya nasi osaka kat bawah tu. cantik sangat nasinyer tu.nak try la kalau cukup bahannya2.
    kreatifnya akak buat pasta jadi hailam. tak terpikir pun. anak2 mesti suka kan. tq memberi ilham tuk masak

    BalasPadam
  27. KAK aMIE,ADEIII TERLIURNYA NENGOK UDANG TUH POSING,NMPK SEDAP SGT KAK..

    BalasPadam
  28. waduh sedapnya kak...special betul menu ni western dimelayukan ke ni kak? tapi sekali sekala layan gini sedap juga:)

    BalasPadam
  29. Atie,
    suka udang ye...okey..okey..boleh tapau.

    Waalaikumusssalam Izah,
    he he hehh Nasi Asoka tu Izah, bukan Nasi Osaka..

    Dana,
    tertonggeng-tonggeng je udang tu ye Dana.

    Nieza,
    begitulah kira-kiranya Nieza... he hehehh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe