Kuih Lenggang @ Ketayap

6:06 PTG

Pernah dengar nama Kuih Lenggang? Biasanya kita dengar nama Kuih Ketayap tapi di tempat Amie di sini, kuih ini mendapat gelaran Kuih Lenggang. Apa pun kedua-duanya membawa maksud yang sama. Bahan yang digunakan serta cara penyediaannya juga sama. Petang ini Amie gunakan sedikit masa (sebab banyak masa digunakan untuk menonton filem Hindustan) untuk membuat Kuih Lenggang. Oleh kerana si bongsu asyik menunggu dari mula menyediakan inti, jadi bila Amie buat lempeng, dia pun terus makan cicah inti kelapanya yang memang manis gurih rasanya. Akhirnya Amie pun terfikir, buat apa buang masa gulung benda yang boleh dimakan dengan cara yang lebih mudah. Di pertengahan waktu makan, terfikirlah pula betapa derhakanya Amie kerana telah mengubahsuai begitu rupa kuih tradisional nenek moyang kita. Jadi, supaya penderhakaan tidak terus berpanjangan sehingga habis lempeng dan inti kelapanya, Amie pun gulunglah mana lempeng yang tinggal baki seperti di bawah ini.


Resepi ini resepi turun temurun, tidak tahu dari mana asal-usulnya.Yang pasti, ia merupakan salah satu daripada kuih-muih tradisional masyarakat Melayu yang sememangnya pelbagai itu. Bagaimana pun Amie tuliskan juga resepinya sebagai rujukan generasi akan datang dan juga buat tatapan teman-teman pengunjung.

Resepi : Kuih Lenggang@Ketayap
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan A : Inti
2 cawan kelapa parut - buang kulit ari
150gram gula melaka - larutkan bersama 60ml air
2 sudu gula pasir - pilihan
secubit garam
sehelai daun pandan - disimpul

Bahan A: Kulit Lenggang@Ketayap
2 cawan tepung gandum
400ml susu segar
1 biji telur
secubit garam
3 sudu minyak
beberapa titik pewarna hijau 

Cara:
1. Masukkan  semua Bahan A termasuk kelapa parut, gula pasir, secubit garam dan daun pandan ke dalam larutan air gula melaka.
2. Panaskan di atas api sederhana.
3. Kacau sehingga semua bahan sebati dan menjadi melekit. 
4. Tutup api dan ketepikan.
5. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Tuangkan susu segar bersama secubit garam dan kacau rata.
6.Masukkan telur dan minyak,dan terus gaul sehingga adunan menjadi sebati. Sekiranya adunan agak kental,masukkan sedikit air.
7. Titiskan beberapa titis pewarna hijau  dan kacau rata - sebaiknya gunakan pati daun pandan.
8. Panaskan kuali (kuali non-stick adalah pilihan terbaik - jika ada), letak sedikit minyak dan tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan layang-layangkan supaya menjadi bulat.
9. Biarkan masak diantara 1-2 minit dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama kerana akan mempengaruhi warna kulit ketayap.
10. Angkat kulit ketayap dan terus bubuh inti. Lipat kedua-dua belah tepi kulit dan gulung.

Kuih Lenggang@Ketayap yang Amie buat tidak cantik kerana pada mulanya memang tidak berhasrat untuk menggulung setelah melihat sibongsu makan dengan cara mencicahkan pada inti kelapa. Insya-Allah lain kali akan cuba menghasilkan kuih ini dengan lebih baik. Jom minum petang sama-sama.

20 comments

  1. wah..kuih dadar gulung. Sedap ni, akk pun suka. Tp x penah cuba buh susu..lain kali akk cuba resepi ni.

    BalasPadam
  2. salam amie...lenggang2 kangkung, hihihi Liza dtg siap nyanyi lg ni....hihihihi
    kuih ni kan peberet hubby ngan anak2 liza, tp liza kureeennng sikit..hihihi

    BalasPadam
  3. salam aimie ..saya copy resepi resepi yea..insyaALLAH sok pagi minum petang or pagi saya nak buat sebab bahan dan ada hehehhehe

    BalasPadam
  4. Mawar Merah,
    ha...ada lagi gelarannya ye..dadar gulung pulak dah,
    susu tu Amie gantikan santan.

    Liza,
    samalah tu, feveret hubby dan anak-anak juga, Amie saja gatal hati and tangan nak buat...makannya sikit je he heheh

    Azu,
    silakan, selamat mencuba ye Azu.

    BalasPadam
  5. salam amie.. semakin cantik gambar2 amie :)

    BalasPadam
  6. mak selalu jugak buat kuih ketayap ni..dulu mak jual kuih..macam2 kuih..

    BalasPadam
  7. ehem..masa kecil `mak` mama selalu buat kuih ni !!..mama panggil kuih gulung..he2x..tak mana dpt nama ni..

    BalasPadam
  8. Amie... ummi datang berlenggang nak makan kuih lenggang, hikhik!

    BalasPadam
  9. salam Aimie..
    saya suka mkn kuih nie dan saya juga pernah buat kuih ini tp,anak2 langsung x suka mkn...

    BalasPadam
  10. salam k amie..lame sy x mkn kuih ketayap ni..peberet en hb ni :)

    BalasPadam
  11. sedap ni kak amie lama saya tak berketayap heheheh inti asyik keluar masuk frezer je tak terbuat2 jugak

    BalasPadam
  12. Lama kak Zai tak buat kuih ni,wangi bau daun pandan rasa pun sedap.

    BalasPadam
  13. Assalam kak,dah lama xmsuk sini,xberapa sihat kak,dah tuka langsir baru umh akak,smp xkenai tadi,hehe..Akak,sedapnyer kuih ketayap..Lama dah xwat,hubby suka punya feberet nih,guna susu lbh baik utk kshatan kan,sy selalu guna santan..

    BalasPadam
  14. salam mie. Kalau tempat bundo di kampung nun, kue ni dipanggil kue gulung. Arwah mak bundo dulu suka buat.

    BalasPadam
  15. salam Amie.... dah lama nk buat kue ketayap ni...asek tertangguh sajokk...sedap laaa...

    BalasPadam
  16. Kak Nor,
    dah mula pandai tekan2 butang kamera kak.

    WC,
    bestnya.... tentu WC banyak belajar buat kuih dari ibu.

    Mama Aini,
    agaknya sebab kuih ni kena gulung kot.

    BalasPadam
  17. Ummi,
    silakan... dah makan kuih lenggang, boleh jalan berlenggang lagi tak?

    Myda,
    biasalah tu... tak semua anak-anak suka makan kuih begini.

    Noorsha,
    sesekali makan memang sedap Noor!

    BalasPadam
  18. Kak Zaitun,
    memang sedap..... bubuh daun pandan masa masak intinya pun dah keluar aromanya yang sungguh harum!

    Chik Mimi,
    takpe, ada masa nanti bolehlah berketayap... he hehehh

    Dana,
    harap sihatlah ye.. memang tukar cat baru tapi langsir belum orser lagi.. hi hi hiiii

    BalasPadam
  19. Ibundo,
    memang inilah kuih popular kat kampung ye Ibundo...betul tu, ada yang panggil kuih gulung.

    Sugar 'n' Spice,
    samalah tu, Amie pun selalu gitu juga.

    BalasPadam
  20. kak nak yg ada inti byk2..ijau itu menawan..suci jer colornya:P

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe