ADSENSE

Ahad, 11 Disember 2011

Gulai Ikan Patin Pahang

Sesetengah orang dari sesetengah negeri atau daerah tertentu tidak memanggil 'gulai' sekiranya masakan tersebut tidak mengandungi santan... ini salah satu informasi yang Amie pernah dengar daripada Lady Ayu@More Than Words di Jepun sana. Terima kasih Lady Ayu yang sudi kongsi tentang istilah gulai kerana katanya kalau di utara (sebab Lady Ayu orang Kedah), kalau gulai bermakna masakan berkuah yang menggunakan santan. Oleh kerana resepi Amie kali ini pun ada istilah 'gulai' tapi tidak menggunakan santan, jadi Amie pun terfikir tentang penggunaan perkataan tersebut  walaupun sebenarnya resepi ini Amie ambil dari Buku Masakan Chef Terkemuka Ismail Ahmad dalam Kuisin Warisan Melayu. Untuk kepastian, Amie merujuk Kamus Dewan dan dapatlah jawapannya tentang makna gulai: Gulai ialah masakan (daging, ikan dan lain-lain) yang berkuah (biasanya dicampurkan dengan rempah-rempah) yang memakai santan yang banyak. Jadi benarlah kata Lady Ayu bahawa 'gulai' ialah masakan yang menggunakan santan. Apa pun, kerana hakcipta terpelihara, Amie tuliskan sajalah tajuk resepi seperti asalnya. Bagaimanapun, di sesetengah tempat memang disebut gulai sekiranya memasak masakan berkuah. Tak kisahlah tu ye.... sekadar kongsi informasi bersama dalam istilah dunia masak-memasak. Jom masuk dapur Amie, kita tengok apa hidangan Amie hari ini.


Resepi: Gulai Ikan Patin Pahang
Sumber: Buku Masak Chef Terkemuka Ismail Ahmad dalam Kuisin Warisan Melayu

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (anggaran seberat 1kg) - potong -potong  3cm tebal
1 batang serai - dititik
1 biji tomato- dipotong baji
1 biji timun - belah dua dan dihiris 2cm menyerong
1 tangkai cili merah - di belah dua tanpa putus
1 tangkai cili hijau - dibelah dua tanpa putus
1 helai daun kunyit yang kecil - disiat-siat
garam secukup rasa - Amie tambah gula
450ml air

Bahan tumbuk:
2 sudu besar tempoyak
3 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
4cm kunyit hidup

Cara:
1. Masukkan tempoyak dan bahan-bayan lain yang ditumbuk  bersama serai dan air di dalam periuk.
2. Jerang di atas api sederhana sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, tomato, timun, cili merah dan cili hijau serta daun kunyit. Renihkan sehingga masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

P/S: Cuci ikan patin dengan garam kasar dan asam jawa untuk menghilangkan bau lumpur.


Amie suka makan ikan air tawar atau ikan sungai sebab banyak khasiatnya terutama untuk kulit kita. Kalau diikutkan baunya yang hanyir dan berlumpur, memanglah bukan ikan pilihan tapi memikirkan kelebihan memakan jenis ikan sebegini, memang kami beli kalau terjumpa di mana-mana pasar.


Sesiapa yang suka atau boleh makan ikan patin jom makan Gulai Ikan Patin Pahang hasil air tangan Amie kali ini.



26 ulasan:

kasihredha berkata...

suka ikan patin
kalau letak asam...bau lumpur tak rasa kan

MulutPayau berkata...

wahhh sedapnya ikan patin!!!..dah lama tak makan...

Amie berkata...

Kasih,
kalau dah suka, bau lumpur pun rasa sedap he he hehheh...

MP,
makan sesekali memang sedap MP, yang kurang sedapnya tang lemaknya tu saja, tapi itulah khasiatnya terletak di situ...:)

Zaliedana berkata...

Assalam kak,nih febehb sy,tapi sy mmg xpernah msk,sbb xmkn,selalunya kalo hb nk mkn,mmg beli jerla kak,hehe..

Zaliedana berkata...

Adeh kak,nak kata feberet,hehe..

mama aini berkata...

assalam amie..nampak sedap..tapi mama tak makan ikan dr kecil lagi..hu2x..thanks amie..

Kamariah Awang berkata...

Ma pun suka ikan patin.., tapi masa bersihkan tu kena hati2...

Wattie berkata...

Salam dan selamat malam Amie,
Akak ni kalau apa2 yg berkenaan dgn gulai mesti suka... makan dengan nasi. Petang petang pekena pulak apam mentega yg montel kat bawah tu.... fuhhh terlentang dibuatnya....

ummiross berkata...

Datang bersahur ikan patin dengan nasi kat sini..best2!

Wani berkata...

salam kak amie...

tak pernah wani masak ikan patin pahang cam ni siap letak daun kunyit lagi ... mesti bertambah sedap ... biasa wani masak yg biasa2 je lain sikit dari yg ni .. tapi wani hanya buat untuk ibu je la .. dia je yang makan hihi

quinnie berkata...

saya ikan sungai ni makan..tapi kalau jenis yg besar2 ni tak berapa lalu nak makan..hehhehe..tak suka kat lemak2 dia tu...kekeke....sana ada jual ikan patin ye?

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

ituew la actually ramai gak confuse antara gulai ngan kari hahaha.....memang sebelah utara panggil gulai....ikan patin ni sedap sangat nampak akak... seafood kat sana mmg heaven ekk sebab ayu tgk kwn2 upload pic if terjah sana mesti makan seafood....mana tahu ada rezeki boley singgah umah akak plak..nak rasa ayaq tangan akak (org kedah kata) hahahaha

Temuk berkata...

Ayunya 'presentation' masakan Amie tu! Ayah nak memandai-mandai tukar nama masakan itu kepada 'Masak Lemak Tempoyak Patin', boleh tak? Hihihi.

Di pasar, umumnya ikan-ikan air tawarlah yang lebih segar. Ikan-ikan laut sebenarnya menakutkan bila dilihat pada dagingnya setelah dimasak. Rasa syak akan adanya bahan-bahan kimia digunakan untuk mengawetkannya.

Ayah agak, kalau ke rumah Amie di Sabah, memang boleh sampai letih kekenyangan dengan juadah-juadah Amie yang macam-macam rupa dan rasa enaknya, ya. Ceria selalu!

rahel berkata...

Salam Kak Amie...
waw..menggamit seleraku..tak tau nak ckp ape lagi..hehe..sedap sangat nampaknya..kuahnya pun sedap disiram ke nasi puteh..harumm.

Liza berkata...

salam kak amie....sedapnya lauk patin tu, Liza suka lauk ni tp hubby xsuka...kalau nk mkn jugak terpksa g mkn kat kedai....aduyaiii ssh betul org tua ni srg...lauk punya sedap pun xmkn....hihihhi

Kaz berkata...

Salam Amie, sejak berkenalan dgn blog Amie ni, Kaz asyik teringin nak minum smoothie saja. Nak buat sendiri, nak kena beli blender pula sbbnya blender kat rumah tu dah guna utk blend segala cili, bawang dan semuanya. Beli kat kedai tak sedap sbb terlebih manis. Anyway, seronok sgt membaca blog Amie sbb semua makanan dan resepinya sgtlah menggoda. Rajin betul Amie ni ya.

Ida,Japan berkata...

slm kak..lama saya tak sempat jenguk sini....sume menu k'amie sgt mengiurkan, terutama lauk pauknya...sedapnyer ikan ni

Yatie berkata...

waduh menyelerakan sungguh...lama tak makan ikan patin...

CT Delima berkata...

As'salam Amie

Kalau ct orang belah Selatan kira Johor lah kan. Gulai ikan ni dimasak dengan cili kisar dan tidak mengunakan santan. kalau dah letak santan tu kita orang panggil lauk lemak. Jadi pernah jugalah merasa masakkan dari negeri atas ni. dan dia orang panggil lauk bersantan dan panggil gulai. macam keliru gak mula2 tapi itu dah adat mereka jadi masakkan tu sama jer panggilan jer yang lain2..

masih tak pernah merasa ikan2 sungai ni :)

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sedapnya gulai ikan patin ni. Kalo kat klate pun sama gulai tu merujukkan pada masakan yg boh santan.

Kita pun suka ngan ikan sungai atau ikan darat ni..isinya lembut

Amie berkata...

Dana,
Waalaikumusalam,
memang ada orang tak makan ikan patin, Kak Amie makan pun sebab keluarga suami biasa masak ikan ini. Lama-lama Kak Amie pun ikut suka makan sebab mak mentua (allahyarhamah) masak sangat sedap!

Mama Aini,
ooo... tak makan semua jenis ikan ke, darat dan laut?

Kamariah,
memang kena hati-hati, Amie suka tengok mak mentua bersihkan ikan patin... cantik je potongan dan belahannya.

Amie berkata...

Wattie,
senang rasanya tekak terima nasi bercampr gulai ye Wattie...taklah tersekat nak masuk perut... he heheh.

Ummi,
selamat berpuasa Ummi.

Wani,
ikut resepi Chef Ismail ni, nak cuba juga apa rasanya gulai ikan patin pahang ni.

Quinnie,
di sini ikan sungai bukanlah ikan pilihan orang ramai sebab banyak bekalan ikan laut, kalau ada di jual pun sekali-sekala saja, itupun ikut musim-musimnya juga.

Amie berkata...

Lady Ayu,
takpe Ayu...sekurang-kurangnya kita dapat kongsi pengetahuan, itu pasal kakak rujuk Kamus Dewan sebab takut silap istilah, tapi rupanya lain tempat lain maksud gulai tu.

Ayah Temuk,
boleh tukar... cantik namanya tu, sedap didengar dan segera difaham,

Memang ikan laut banyak kandungan bahan kimia terutama untuk mengawetkannya supaya tahan lama. Kami pernah menyaksikan demonstrasi mengeluarkan bahan kimia tersebut yang berupa bahan pengawet mayat...

Kalau ayah datang sini Amie masak apa yang ayah ingin makan, yang letihnya perjalanan yang jauh tu... he he he kena 2 kali naik kapalterbang.

Amie berkata...

Rahel,
jomlah makan sekali Rahel.

Liza,
dulu mula-mula kahwin Kak Amie pun ada masalah nak sesuaikan selera dengan suami, dia suka itu Amie tak suka, Amie suka ini dia tak suka pulak,
oleh sebab Kak Amie jenis yang suka mencuba pelbagai resepi, akhirnya Kak Amie dapat membawanya menyesuaikan deria rasanya dengan hidangan yang tidak pernah dirasainya, hasilnya dia sendiri termasuk bapa mentua kak Amie sering bertanya...apa resepi baru hari ini?

Amie berkata...

Kaz,
alhamdulillah...meminati smoothie memang satu pilihan yang bijak sebab campuran bahan asasnya memang sangat berkhasiat, membuat kita rasa kenyang dan yang penting smoothie sangat elok untuk proses penghadaman perut yang cepat.

Ida,
takpe Ida, bila ada kesempatan bolehlah jenguk... ni sebab cuti sekolah, adalah masa untuk masak and blog walking.

Yatie,
sedap makan lauk begini waktu tengahari....dengan nasi panas!

Amie berkata...

CT Delima,
betul tu CT, kadang-kadang istilah yang sama tapi membawa makna yang berbeza, agaknya ada baiknya diwujudkan Kamus Resepi Memasak ye Ct.

He he heh...Amie makan semua jenis ikan, sungai, laut...

Rosa,
ikan sungai ni pada Amie...sedapnya ialah pada khasiatnya.. tapi tak dinafikan ada ikan sungai yang memang lazat macam ikan jelawat!