ADSENSE

Selasa, 20 September 2011

Classic Spaghetti Bolognese

Salam petang Selasa kepada semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Marilah sama-sama menikmati hidangan yang Amie sediakan kali ini.  Classic Spaghetti Bolognese air tangan Amie ini memang lazat dan cukup lengkap rasa masam dan manis daging.... oppppss... Amie tak gunakan daging lembu, sebaliknya Amie gantikan dengan daging ayam. Cukup syarat bukan.....  resepi Spaghetti Bolognese mestilah mempunyai rasa masam dan manis daging! Terima kasih untuk Kak Is yang telah memberi tunjuk ajar memasak resepi ini lebih 20 tahun yang lalu.


 Bahan-bahan:
1 paket spaghetti - rebus dengan sedikit garam & minyak zaitun hingga lembut
600 gram isi ayam - cincang
1 1/2 cawan puri tomato
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan lada kisar / tumbuk
1 biji capsicum merah dipotong dadu - pilihan
2 ulas bawang putih - cincang
2 labu bawang besar - tumbuk
1/2 sudu serbuk lada hitam - tumbuk
1 sudu serbuk oregano
1 batang saderi - cincang
keju parmesan secukupnya
garam
3 sudu besar minyak zaitun
1 cawan air.

Cara:
1. Panaskan minyak  dan tumis bawang putih, bawang merah, lada kisar dan semua bahan cincang sehingga naik bau.
2. Masukkan puri tomato, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging ayam cincang dan kacau rata.
4. Masukkan air, sos tomato dan kacau hingga mendidih.
5. Masukkan garam dan taburkan keju parmesan.
6. Letakkan spaghetti di atas pinggan. Tuangkan kuah dan taburkan serbuk oregano.


Terima kasih Kak Is...... teringin satu hari nanti makan hasil air tangan Kak Is...(kakak sulung Amie).

24 ulasan:

dZana berkata...

wahhh.. mula2 rasa mcm tersalah rumah jer.. cantik .. spgeti sedap...rasa dah lama tak buat spgti pulak.. pinggan pun cantik.. sy dpt beli 3 set pinggan ni.. lepas tu dah tak kuar lagi.. eh cete pinggan pulak.. hihihi

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Amie....Sebelom ni klu buat spegati, mesti guna prego..Dah dapat resipi ni, bolehlah cuba buat sendiri pula...

ummiross berkata...

Amie, dua2 beradik pandai masak ye, ummi teringin nak makan hasil aair tangan Amie, hik!

EmbunRosaliza berkata...

Assalam Amie, sedap nmpk spghti tu, meriah nmpk n sungguh menyelerakan

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie..sedapnya spegeti tu..dpt sepinggan pun jadi lah..kenyang hehee

Papa Mifz berkata...

ni antaro feveret papa mifz...wife pun biasa buat...:)

Amie berkata...

Dzana,
rumah yang betul ni... hi hi hiiii,
Amie dapat kumpul 12 set sebelum habis keluaran... he hehehh

Salam Sue,
sebelum ini pun Amie pakai prego... lepas tu...ada cerita pasal prego...hu hu huuuu terus ikut balik resepi Kak Is...

Ummi,
Kak Is pandai masak resepi barat sebab lebih 10 tahun pengalaman tinggal di New York, Paris & Brazil, Amie belajar sikit-sikit je...

Waalaikumussalam Kak Rosa,
sesekali meriah untuk family...

Yana,
sedapnya terletak pada kuahnya... he hehehh (teringat kuah spaghetti Kak Is yang sedap tu)

Papa Mifz,
anak-anak pun suka makan ni...

ORLANDO AHMAD berkata...

fuh bleh buat tus air liur ngeh3

nuwairani ismail berkata...

nani pon makan pasta mlm ni...suke sgt! makan byk2 pon takpe! heheh

Chik Mimi berkata...

wah kak amie jadi omputis gituu heheh lama tk buat spag.sedapnya tgk

Juwita Jamaludin berkata...

kak amie.... suka speggeti gini ita selalu masak sebab anak2 suka

anymz berkata...

adeh malam2 tengok spaghetti rasa lapar pulak..dah lama tak masak spaghetti ni..:)

Nora Shahaira berkata...

kalo tengok gambar je..macam laksa je..bila baca...spageti tu..ndak2nya yg feveret nora..tp sumpah belum pernah masak..

Hanis MY berkata...

Sedapnya geti kak amie yumm

Geti= Nama manja spageti hehe

Zaitun berkata...

Makanan feberet kak Zai ni.Masa beraya rumah anak buah tempoh hari dia masak spaghetti bolognese juga tapi lain sikit bahan2nya.

Nens Collection berkata...

sy x pernah masak ag spagetti..suami sy dh bape kali request..kalo guna resepi ni xyah beli dh la yg prego ek??..hehe

Amie berkata...

Orlando,
he he hehh marilah jemput makan...

Nai,
suka makan pasta ye...alhamdulillah.

Chik Mimi,
sesekali tukar selera...


Juwita,
ini pun sememangnya untuk penuhi selera anak-anak...


Kak Anim,
masak kak... jangan tak masak, nanti termimpi-mimpi pulak.. he heheh

Nora,
cubalah masak...tukar selera sikit...


Hanis,
sedap ye... Kak Amie suka kuahnya ... getinya tu untuk syarat je... hi hi hiii


Kak Zai,
betul tu kak...boleh masak ikut selera, yang penting bahan asasnya tu yang sama, ada rasa masam tomato, keju & manis... herba oregano ke, basil pun boleh, atau rosemary untuk yang nak klasik...


Nens,
dulu gubna prego (cukup rasa dalam pergo tu), yang ini Kak Amie tak guna Prego, dah lama tak guna Prego (dah rasa ragu sebab pernah terbaca tentang masalah benda tu dalam FB)tentang pengalaman seorang kawan...

Kunang-Kunang berkata...

Menyelerakan nampaknya spaghetti tu. Tapi di rumah ni jarang masak spaghetti ni sebab budak2 kurang gemar sikit.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam K.Amie.Alhamdllh,atie dah sihat.Rindu nk ziarah akak & intai2 menu2 kat umah akak ni.
Tgk gambar spaghetti tue pon dah tau sedap!

IXORAROXI berkata...

mintak semangkuk Kak Amie :)

che mid berkata...

Salam kenal kembali, Che Mid orang Meru, Klang tapi skrg tinggal di Sg Petani... sama-sama merantau le kita ..

Hanis Azla berkata...

klu kat rumah, ini mmg menu faveret.. sbb senang nak membuatnya.. anak2 & en.asben pun suka..

EzayHadry berkata...

wah semalam asam pedas...rini plak spaghetti..best nye..dugaan lagi ni..keliurr

Lovely Kitchen berkata...

menu fav anak2 e-na ni....klu buat spagethi mmg puas hati, lalu je anak2 makan...