Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 05 Februari 2025 bersamaan hari Rabu.
Dari Fez kami meneruskan perjalanan singgah di Chefchaouen iaitu City Blue of Morocco. Selepas solat jamak di Chefchaouen kami bertolak ke Tangier untyk daftar masuk Hotel Tanger Med yang terletak di Tanger - Tetouan Region.
Setelah daftar masuk dan mengambil kunci, kami terus menuju ke dewan makan untuk makan malam. Selesai makan malam barulah kami masuk ke bilik masing-masing.
Ruang makan kelihatan luas, kemas dan selesa.
Sebelum itu, Amie hendak kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil dari dalam bas sepanjang perjalanan dari Chefchaouen ke Tangier. Gambar-gambar di bawah ini merupakan gambar pemandangan terakhir waktu kala petang di Morocco sebelum kami berangkat ke Sepanyol keesokan paginya.
Selamat tinggal ladang zaitun dan ladang argan.
Belanja video pemandangan dari dalam bas.
Awan tebal seakan-akan hendak jatuh menutupi bukit-bukau dan gunung-ganang.
Menjelang senja kami tiba di Tangier. Tangier merupakan sebuah pelabuhan Maghribi di Selat Gibraltar dan menjadi pintu masuk strategik antara Afrika dan Eropah sejak zaman Phoenicia.
Sempat melihat bacaan suhu sewaktu di dalam perjalanan menghampiri Tangier. Suhu pada petang itu 14'C. Alhamdulillah, masuk ke ruang lobi hotel rasa selesa dan tidak berasa sejuk.
Apabila badan berada letih, selera makan pun berkurangan. Apa pun perut perlu diisi supaya tidak meraung di waktu malam. Mari kita lihat apa hidangan yang disediakan di hotel ini.
Ada pelbagai jenis salad.
Nasi pun ada. Rupa seperti nasi goreng tetapi bukan. Nasinya beraroma dan berasa tapi tak tahu apa namanya.
| Sudah selesai makan baru teringat untuk ambil gambar buah. Seperti biasa, buah-buahan seperti epal tidak dipotong. Ambillah sebiji. |
| Bismillah. |
| Tak ambil nasi, makan kentang goreng sahaja. |
| Cuba semangkuk sup, tapi tak ingat dah apa rasanya. |
Inilah yang paling sedap! Hirisan biah limau siap bubuh serbuk prune!Tak puas makan dua hiris, ambil lagi berhiris-hiris.
| Buah epal ini tak sempat dimakan, jadi masukkan saja dalam beg sandang. |
| Alhamdulillah. Perut sudah kenyang. Jom masuk bilik 308 Hotel Tanger Med. |