Bila masak bunga betik, selalu terkenang MIL. MIL pandai masak bunga betik, terutamanya masakan lodeh. Masak sayur lodeh bagi keluarga sebelah Encik Suami memang berbeza dengan masak sayur lodeh kita di Malaya. Biasanya sayur lodeh MIL adalah campuran pucuk ubi opah, jantung pisang dan bunga betik serta pucuk betik. MIL masak gunakan perencah cili kering kisar, ketumbar, bawang putih dan bawang merah serta...
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Pagi ini Amie berkesempatan kongsikan sarapan pagi : Nasi Goreng Paru. Yang tak makan paru, bolehlah gantikan dengan apa sahaja bahan yang disukai. Nasi Goreng Paru menjadi sedap sekiranya paru yang digunakan itu cukup lembut dan tidak liat. Itu citarasa Amie ye, sebab ada yang suka liat-liat sikit. Amie lebih suka paru yang lembut, senang kunyah, dan terus...
Menjelang tengahari tadi Encik Suami bawa pulang 2 ekor ikan susu. Lama juga tak makan ikan susu. Kata Encik Suami, penjual ikan kata sekarang ini kurang ikan. Nelayan pun takut turun ke laut. Sebelum ini beberapa kali kejadian culik berlaku di sekitar pantai timur, dan tidak terkecuali di pantai Lahad Datu. Perintah berkurung yang tidak dipatuhi menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat berbuat lebih...
Assalamualaikum. Selamat petang semua. Terima kasih buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Walaupun sudah jarang kongsi resepi, tapi tetap juga sudi jengah dapur Amie. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat followers baru yang turut memeriahkan dapur ini. Nampaknya kerja-kerja dapur banyak kali bertukar tangan antara ibu dengan anak. Fairuz suka masuk dapur, tapi masakannya sudah tentulah apa yang dia suka. Faham-faham...
Sekadar coretan kenangan di petang hari. September sudah berlalu. Ada kenangan di bulan September. Bukan kenangan untuk diri sendiri, tetapi kenangan buat Encik Suami dan anak-anak kami. 3 bujangan kami menyambut ulang tahun pada bulan yang sama setiap tahun, September. Mereka bertemu, berkelahi, bergurau senda pada Aidil Fitri lalu di LD, dan kemudian bertemu kembali pada Aidil Adha, Ogos di kampung laman. Kampungku...
Nampaknya dapur dah mula sepi. Jarang-jarang masuk dah. Tak ada alasan lain. Sibuk. Banyak kerja-kerja yang terpaksa disiapkan di rumah. Harapkan Fairuz untuk masak....hiks! Sebelum Fuad balik ke Johor, bujang satu inilah yang agak rajin ke dapur. Tapi selalu merendah diri. Katanya masakannya tak sedap. Hurrmmm... kalau dah lapar, sedap tak sedap tolak tepi. Yang penting perut perlu diisi. Maka.... tak dapatlah ambil...