Rendang Ayam (Ala Minang)

12:12 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua.

Jarang-jarang dah Amie masuk dapurr maya untuk kongsi resepi. 
In shaa Allah, ada kesempatan dan masa terluang, Amie akan cuba rajinkan diri kemas kini dapur maya ini seperti dulu.
Bukan apa, sebenarnya masih melayan rasa kecewa dan sakit hati apabila mendapati hasil perkongsian resepi  asyik kena curi. Walaupun telah diambil tindakan oleh pihak Google ke atas pencuri tersebut, tapi muncul pula pencuri lain. Bertahun-tahun makan hati! Semakin hari para pencuri semakin bijak menggunakan cara mereka untuk menjana pendapatan melalui hasil kerja blogger masakan!

Kali ini Amie kongsikan masakan biasa, rendang ayam orang malas...hiks! Sebab apa Amie kata malas, sebab Amie gunakan kerisik dari kedai! Hasilnya, tentulah tak berapa menarik sebab nampak warna-warna hitam (bintik-bintik) pada daging ayam! Amie gunakan resepi ala-ala masakan rendang Minang. Asalnya resepi ini menggunakan daging, tapi Amie tukar guankan daging ayam.


Bahan A:
1 kg daging ayam - potong 10 bahagian
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
25 tangkai cili kering - kisar halus
3 helai daun limau purut - buang urat
1 cawan kerisik
garam / gula / perasa pilihan secukupnya


Bahan B : Kisar
5 batang serai
3 helai daun kunyit
25 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
5 cm halia


Cara memasak:
1. Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga masak, dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Apabila kuah mulai pekat, sentiasa dikacau supaya tidak berkerak.
4. Padamkan api dapur.



Amie suka rendang asli begini, tanpa menggunakan rempah 5 sekawan! Kalau rajin boleh klik resepi asal yang Amie gunakan di sini: MASAKAN MINANG : RENDANG OPAH.

10 comments

  1. bukan resipi you sahaja kena curi ..yang saya punya pun kena curi juga banyak sangat lah tak tahu nak buat macam lagi.

    BalasPadam
  2. Nak tanya, tak perlu di tumis dulu ker bahan rempah nya?

    BalasPadam
  3. Rempah 5 sekawan tu rempah apa...maaf tanya. Nampak sedap dan mudah.

    BalasPadam
  4. Daun Kari,
    Macam-macam cara digunakan untuk mencuri. Bukan setakat entri masakan, entri jalan-jalan pun dihangkut sekalu!

    BalasPadam
  5. Notie,
    4 sekawan sebenarnya, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.

    BalasPadam
  6. nak buat macam mana, dorang tak ingat hasil yang di ambil tak berkat. bertabahlah.

    BalasPadam
  7. Puan Amie bila nak update blog..terasa sunyi tak baca blog puan.

    BalasPadam
  8. Salam Puan Amie, apa khabar? Mudah-mudahan sihat. Lama dah tak update blog masakan.

    BalasPadam
  9. Kak Ina,
    betul tu... memang kena tabah untuk teruskan, kalau tidak, sepilah dunia masakan tanpa kemeriakan pelbagai resepi.

    Rencah Kehidupanku,
    in shaa Allah, ada kesempatan saya akan update blog, terima kasih banyak.

    Roslin,
    saya sihat walafiat, in shaa Allah akan terus update blog dari masa ke semasa.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe