Ayam Masak Kari Pakistan
3:53 PTG
Hari ini kita masak ayam cara Pakistan. Dengan kata lain, Ayam Masak Kari Pakistan. Resepi ini Amie perolehi dari pada Umie Maria Hakem dari Cardiff. Apa khabar agaknya Umie Maria sekarang ni, lama benar tak telefon kita semenjak kita ada Firdaus he he heee..... maklumlah, masa agak terhad untuk kita sembang-sembang. Amie harap Umie Maria sihat-sihat selalu. Amie pernah masak resepi ini DI SINI dan DI SINI.
Bagi yang tak berapa gemar masakan bersantan dan berlemak, bolehlah cuba resepi ini. Cuma, kena sabar sedikit di awal masaknya tu... maklumlah kena tumis bawang besar sebanyak 4 biji sampai kekuningan. Lepas tu kena tunggu tomato sampai hancur. Memang agak memakan masa, tapi hasilnya cukup lazat! Tidak muak dan enak dinikmati samada dengan nasi atau dengan roti.
Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 8 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar garam masala
2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam masala.
4.
Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak
sehingga bawang dan tomato hancur.
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6.
Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.
Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah pekat.
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
4 comments
Memang sedappp sangat kan kak amie...mcm2 versi boleh buat..ayam,daging..kambing
BalasPadamHmm... Amie kalau kakak dpt tak payah yg hias daun ketumbar dan cili pun dan menyelerakan sungguh tu. Kakak suka tengok gambar yg Amie ambil hasil dari masakan yg Amie hidang. Menggoda benar!
BalasPadamsedapnyaaa ^_^
BalasPadamCicah dengan roti, tentu sedap ni!
BalasPadam