Tumis Pedas Genjer @ Paku Rawan dengan Lokan

by - 9:50 PTG

Lokan beranak- pinak dalam sungai. Genjer @ paku rawan banyak tumbuh di anak sungai. Mari kita temukan mereka dalam masakan tumis pedas dalam kuali!

Sesetengah orang panggil sayur genjer ini sebagai paku rawan. Ada yang panggil pokok lembayung. Amie beli di pasar tani hari minggu tiga hari lepas. Beli sekali isi lokan yang harum baunya tu... Sayangnya terbiar pula sayur genjer di sudut dapur sebab lupa nak masak! Jangan marah ye genjer...

 Masa beli hari tu tak keluar bunga... dah terbiar di dapur, berbunga pulak genjer ni.

 Yang tak pernah tengok genjer @ paku rawan... inilah dia. Amie pilih yang masih kuncup.

Bahan-bahan:
20 batang genjer @ paku rawan - potong sepanjang 3cm - celur sebentar - toskan
250 gram isi lokan
1/3 cawan minyak
1 sudu makan serbuk pati ayam 
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air

Bahan kisar:
15 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan lokan dan tambahkan air bancuhan pati asam jawa.
3. Masak dengan api sederhana sehingga lokan lembut.
4. Masukkan genjer dan gaul sebati.
5. Perasakan dengan serbuk pati ayam. Kacau sekali dua.
6. Padamkan api dapur.
 
Wokey.... sudah siap pun hidangan kampung... jemput makan sama!

You May Also Like

5 ulasan

  1. Aduuh ini kelihatan sedap sekaliiii ... Sampai menellan ludah .. Hihihi

    BalasPadam
  2. Selalu jugak Kjee nampak sayur ni tapi tak tahu nak masak camner.

    BalasPadam
  3. akak, kenapa sedap sangat ni? :) terliur sudah
    paku rawan tu first time yana tengok
    tak pernak kenal pun sebelum ni

    BalasPadam
  4. Yeni... jemput.

    Kak Jee,
    sayur kampung je kak.

    Eellee,
    memang ramai yang tak kenal paku rawan Eellee.

    BalasPadam
  5. hmmmm lezatnya.... bikin perut keroncongan liatnya..




















    Obat Tumor Herbal

    BalasPadam