ABC : American Brown Cheese Cake & Ayam Panggang Madu - Ulang Tahun Fuad

8:43 PTG

Pertama kali Amie hidangkan American Brown Cheese Cake pada awal tahun DI SINI, Fuad terus jatuh cinta! Entah berapa puluh kali Fuad berpesan : Nanti birthday saya Mummy jangan beli kek di kedai, buatkan saya American Brown Cheese Cake saja. Amie sebenarnya ingin membuat kek yang istimewa untuknya dengan hiasan (maklumlah baru minggu lepas belajar menghias kek dengan Chef Eugene Wong), tapi Fuad tetap tidak mahu menerima cadangan Amie.


Akhirnya.... untuk hari istimewanya yang jatuh pada hari ini 14 September 2013, tertunailah hasrat hatinya untuk menikmati American Brown Cheese Cake yang sentiasa bermain di bibirnya dan diingati sepanjang waktu di hatinya. Kami berdua bersama-sama menyiapkannya pada malam semalam. Encik Suami pula membelikan seekor ayam segar dan Amie sempat sediakan Ayam Panggang Madu, juga salah satu menu kegemaran Fuad.


Bukan main seronok Fuad dengan ABC : American Brown Cheese Cakenya!
Untuk resepinya bolehlah klik DI SINI... sesungguhnya Amie tak larat nak menerangkan sekali lagi satu persatu cara penyediaannya, sebab Amie pun masih pening-pening lalat menyusun bahannya sebanyak 4 lapisan itu! Tapi memang sedaplah... kata Chef Khoo yang ajar kami buat ABC ini, kek ini sebenarnya dari Secret Recipe! Bahan yang digunakan pun sampai 13 jenis dan tambah 40 gram air jadi 14 jenis!


Untuk resepi Ayam Panggang Madu pula bolehlah klik DI SINI.



Selamat Ulang Tahun yang ke 15 Mohd. Fuad. Moga anakanda sentiasa sihat sejahtera, rajin belajar, sentiasa mendengar nasihat ayah & bonda, dan in shaa Allah menjadi insan yang berguna di sini agama, bangsa dan negara!


8 comments

  1. Ermmm sedap nyer nampak Amie.. Syiokk nyer kalau dekat ngan Amie kan leh dpt kek best.. Happy birthday Fuad semoga panjang umo murah rezki :)...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie..
    SELAMAT HARI LAHIR buat Fuad.. selang sehari je birthday kita ye Fuad.. :)
    >> american cheese kek.. sedapnya amie.. ayam panggang tu pun bukan main hebat nampak..
    >> semalam nani makan oreo cheese kek.. bos beli kat SR je.. bukan buat sendiri pun.. tapi tak per lah.. janji ada kek.. kan kan.. :) nyam nyam.. tumpang colek sket kek fuad.. :)

    BalasPadam
  3. Delima,
    Terima kasih Delima..... marilah datang sini D%.

    Nani, waalaikumussalam... terima kasih.
    Selang sehari ye tarikhnya Nani.

    BalasPadam
  4. salam kak amie..

    wah, Nampak betul sedap ABC tu..bertuah anak dapat apa yang diidamkan..happy birthday..

    BalasPadam
  5. Selamat harilahir Fuad..semoga menjadi anak yang solleh

    BalasPadam
  6. selamat ulangtahun, sedap nye kak :)

    BalasPadam
  7. selamat hari lahir Fuad..moga diberkati Allah sentiasa.

    Bestnya nampak kek tu, patutlah Fuad tak nak kek lain dah.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Amie..
    Selamat menyambut hari lahir buat Fuad. kek tu .. emmmm teringin !

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe