Encik Suami order kek lapis daripada Amie. Ulang ayat... Encik Suami order kek lapis daripada Amie! Tak salah lagi ayat tu... memang benar... ternyata benar dan tidak bersalahan lagi! Apa dah jadi hah? Duduk serumah, tidur sebilik, makan pinggan masing-masing tapi bila ada kes di dapur main order-order pulak! Alkisahnya Encik Suami ingin sponsor kek lapis sempena majlis kenduri yang akan diadakan di...
Sejak tibanya bulan Syaaban, banyak benar Encik Suami dapat jemputan kenduri arwah. Puaslah makan nasi berkat berpinggan-pinggan dengan pelbagai lauk pauk. Tengahari tadi Encik Suami dengan Fairuz menghadiri majlis kenduri lagi. Amie pula kenduri di dapur dengan masak Pindang Ikan Bolu! Sedap je hirup kuah pindang. Makannya pula dengan nasi panas. Nak lebih pedas, picit saja cili padi yang sudah lembik kena rebus...
Oh! Hari ini rupanya hari Jumaat. Amie sangka hari Sabtu, sebab sekolah Amie cuti. Nampaknya entri pagi ini lebih kepada cerita orang mamai... separuh jaga dan separuh tidur. Apa pun... jom layan Kek Lapis Cheese Masam Manis di bawah ini. Nampak okey tak? Sempurna tak? Memang pertanyaan orang kurang keyakinan diri kan? Wokey... terus kepada isi cerita yang hendak disampaikan... he he ehhh...
Lamanya tak hirup Sup Ayam Hadnyai yang penuh dengan pelbagai aroma yang sungguh menggoda selera! Orang sakit pun agaknya terus berselera bila dihidangkan masakan sup dari selatan Thai ini. Apa tidaknya... pelbagai jenis herba seperti serai dan lengkuas serta rempah-rempahan bertemu menjadi satu dalam periuk sup! Terima kasih buat penyumbang resepi ini, Pyonda. Amie minta izin panjangkan resepi ini di sini pula ye...Sebenarnya...
Bertemu kembali setelah beberapa hari menyepikan diri.... dan bukan juga melarikan diri tapi mula menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti sekolah. Sesibuk mana pun di sekolah, masak tetap diutamakan apabila berada di rumah. Cukuplah mukadimahnya untuk kali ini ye... dan Amie terus paparkan menu Ayam Gerang Asam, menu makan malam kami sebentar tadi. Resepi : Ayam Gerang Asam ( Resepi Asal : Ikan Gerang...
Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Kelmarin Amie sudah kembali ke sekolah! Sudah cukup tempoh 3 bulan bercuti. Kelmarin juga merupakan hari penyampaian rekod kemajuan pelajar dan ceramah keibubapaan. Rupanya..... ada program Hari Bersama Komuniti Pendidikan PPD Lahad Datu diadakan selama 2 hari berturut-turut mulai 22 - 23 Jun (kelmarin dan hari ini). Patutlah ketika Amie sampai di sekolah, terdengar keluhan.......
Bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi. Sudah tentu ada yang telah membayangkan untuk membeli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadhan. Tidak kurang juga yang ringan tulang untuk menyediakannya sendiri di dapur. Bagaimana pula dengan karenah anak-anak anda yang baru mula belajar untuk berpuasa? Sudah tentu perkara yang turut anda fikirkan ialah untuk menyediakan juadah yang dapat memenuhi selera si kecil. Selain enak...