Mari Berkenalan Dengan Putu, Ikan Bakar & Agar-Agar Laut

1:56 PTG

Salam petang Jumaat. Entah mengapa,  akhir-akhir ini seakan-akan 'mati liur'. Mati liur ialah istilah yang digunakan oleh keluarga sebelah Encik Suami yang membawa maksud tidak mempunyai selera untuk makan. Petang kelmarin, beberapa kali Encik Suami telefon ke rumah, bertanya Amie.... nak masak apa? Amie kata, tak tahu nak masak apa. Tanyanya lagi, nak makan apa? Amie kata, tak tahu nak makan apa. Amie rasa nak baring-baring merehatkan badan saja. Rasa letih lesu semacam saja dan akhirnya Amie tertidur di depan televisyen. Tak tersedar pula Encik suami sudah masuk ke rumah dan kejutklan Amie. Katanya, ada putu dengan ikan bakar. Baru Amie teringat, kalau Amie mati liur, biasanya Amie minta Encik suami belikan putu dengan ikan bakar serta agar-agar laut. Alhamdulillah, agaknya dia teringatlah tu menu untuk menghidupkan kembali liur kita... he he hehh


Putu ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Bajau di Sabah. Putu diperbuat daripada ubi yang diparut, diperah airnya dan kemudian dikukus hingga masak. Putu di atas kelihatan bulat panjang sebab setelah dikukus, putu tersebut dimasukkan ke dalam helaian plastik dan setelah padat, putu digulung sehingga menjadi bentuk seperti itu. Sebenarnya putu di dalam gambar di atas Amie potong dari sebatang putu yang kemas diikat di dalam plastik. Biasanya Encik Suami beli ikan kayu panggang tapi kali ini dibelinya pula ikan bolu panggang. Okeylah tu.... terima kasih banyak-banyak!


Pelengkap kepada menu putu ini, Encik Suami belikan agar-agar laut yang digaul bersama hirisan mangga muda serta kerisik, bersama limau kasturi dan cili padi.


Sebenarnya selain ikan panggang, putu juga boleh dimakan bersama ikan rebus, sagol pari atau sagol ikan buntal. Sebut tentang ikan buntal, tentu terbayang sejenis ikan bulat  berduri yang dikatakan beracun. Sebenarnya, Amie sudah pun makan sagol ikan buntal beberapa kali! Bukan masak sendiri, tapi kawan yang masak dan ada sekali pernah makan di kampung, FIL yang masak! Kepada sesiapa yang tidak pernah makan ikan buntal, Amie beritahu di sini... rasanya sangat sedap! Isi ikan buntal  kenyal tetapi lembut. Tapi kalau tak tahu mengolahnya, jangan sesekali cuba ye... apa-apa berlaku Amie tak bertanggungjawab tau! Sebab memang pada bahagian tertentu ikan buntal mengandungi racun!

25 comments

  1. oo boleh makan ye ikan buntal tu kak? tingin pulak nak rasa

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie,

    kita nk berkenalan ngan tumpang ngap sekali...boley?? Kita dh bersila nie...hehehe...

    BalasPadam
  3. Kak,Rahel suka sangat mkn agar2 laut cicah lada limau..perghhh..memang membuka selera..ddan ikan bolu tu memang kesukaan gue jugak.

    BalasPadam
  4. sweetnya..tentu suami Amie amat memahami Amie, tau apa yang boleh membuka selera isteri tercinta. Ummi tak pernah makan lagi hidangan macam tu Amie, teringin pulak rasanya.

    BalasPadam
  5. Ingatkan macam putu bamboo atau putu piring...

    BalasPadam
  6. tak pernah makan lagi semua tu...mmng teringin jugak ....tentu sedapkan.....

    BalasPadam
  7. Ikan buntal beracun kan kak?Orang yang nak masak kena terer la buang racun..

    BalasPadam
  8. ish...apa la rasa agar2 laut tu kan...huhu


    kak, ikan buntal beracun bahagian mana kak?

    BalasPadam
  9. kalau amie mati liur... madiha kat sini pulak tertelan2 air liur melihat juadah yang ditunjukkkan.. hihi... terasa macam sedap & menyelerakan sgt juadah yg sgt asing bagi madiha tu... semua pun tak pernah rasa lagi.... tq amie berkongsi makanan yg kami disemenanjung tak dpt tengok...

    BalasPadam
  10. qiqiqi..salam kenal Putu & agar agar laut karena belum pernah makan sebelum nya. mari kak melly temani makan biar ada selera lagi makan nya.. ;)

    BalasPadam
  11. Salam kak! dtg petang2 tgk putu tuuu pelik betullah kita kak hihihi, tgk dia punyer bentuk tu mcm glass noddle tp kaler ijau :D ikan bakar yg tergolek kat sebelah tu alahaiiii sedapnyer!

    BalasPadam
  12. Assalam amie..
    very ethnic dish kita tengok..
    mungkin satu hari nanti kalau kita tiba di Sabah..bolehlah cuba menu2 yang begini kan amie..

    BalasPadam
  13. memang ada tengok menu mcm ni di pulau mabul dulu...huhuh...kite yang orang semenanjung ni manalah reti nak makan benda2 mcm ni...tengok jela...

    BalasPadam
  14. Salam Amie,

    EEEmmmm....mesti sedap sangat kan Amie....sampai boleh bukak selera makan kita....teringin jugak la Kak Ros....

    BalasPadam
  15. salam k.amie....
    ingatkan putu tu kuih yg mcm putu piring@putu batang...rupenya lain tempat lain jugak bendanya....

    rumpai laut tu mcm soon ke k.amie...
    selamat berehat di hujung minggu...

    BalasPadam
  16. 1st time jumpa menu macam ni.Cantik bentuk putu tu.Jika putu India agak peroi dimakan dengan pisang.Yang paling berkenan agar agar laut tu..sukar nak dapatkan kat sini kecuali kat kb.Banyak.Satu menu yang sungguh exotik!

    BalasPadam
  17. Assalam amie..acik pulak terliur bila tengok gamnbar ni..tentu sedap ye amie

    BalasPadam
  18. Salam Amie,
    Issshhhhh rasa cam jakun pulak bila nampak hidangan ni hehehe, tp kalau diajak bersila sekali, alangkah bagusnya. Dah sah sah ilang rasa mati liur ni.....

    BalasPadam
  19. best betul la menu kak amie ni...teringin saya nak rasa...:)

    BalasPadam
  20. kalau kat kg saya...alga laut tu dibuat kerabu..nama dia kerabu sare

    BalasPadam
  21. xpenah tgk makanan nie apatah lagi makan...nampak sedap je

    BalasPadam
  22. mmg unik sgt makanan kat sabah ni kak amie. first time tgk... kat semenanjung mmg tak jumpa punya kan.

    BalasPadam
  23. sedapnya putu..alamak..dah mengidam plk..agak2 klu minta FIL kourier dr Tawau, basi x sampai Johor yerk?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe