Salam petang Jumaat buat semua rakan dan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Tak tahu nak tulis apa, dan bagaimana untuk memulakannya! Mungkin inilah yang dikatakan ujian dan dugaan daripada-Nya. Namun Amie yakin, Amie boleh melaluinya dan percaya ada hikmah di sebaliknya. Hari Selasa malam Rabu, Encik Suami dimasukkan ke hospital akibat bisul yang tumbuh membesar di bahagian tengkuk dan terpaksa menanggung kesakitan hampir...
Salam sayang buat semua. Amie ingin kongsi satu resepi biasa tetapi Amie gunakan bahan yang mungkin agak berbeza untuk menghasilkan menu Acar Ayam. Silakan jamu mata terlebih dahulu. Kalau berminat untuk mengetahui resepinya, beritahu Amie tau! Jangan malu, jangan segan. Malu bertanya sesat jalan, malu tanya resepi, tak dapat makan... ha ha hahahh. Acar Ayam ini sedap makan ratah begitu saja, tetapi tidak...
Salam petang Jumaat. Entah mengapa, akhir-akhir ini seakan-akan 'mati liur'. Mati liur ialah istilah yang digunakan oleh keluarga sebelah Encik Suami yang membawa maksud tidak mempunyai selera untuk makan. Petang kelmarin, beberapa kali Encik Suami telefon ke rumah, bertanya Amie.... nak masak apa? Amie kata, tak tahu nak masak apa. Tanyanya lagi, nak makan apa? Amie kata, tak tahu nak makan apa. Amie...
Salam tengahari Khamis. Tentu rakan-rakan baru saja selesai menjamu selera. Apa agaknya hidangan tengahari ini ye. Amie ingin kongsi dengan rakan-rakan tentang sejenis resepi yang terkenal dalam masyarakat Melayu Cocos iaitu kepedel atau sesetengahnya memanggil cempedel. Kepedel@cempedel ini biasanya ditemui dalam nasi berkat semasa kenduri tahlil. Kalau di tempat kita lebih dikenali dengan nama nasi ambeng dalam kalangan masyarakat Jawa, tapi dalam kalangan...
Salam sayang buat teman-teman blogger dan pengunjung yang dirindui. Petang ini Amie bawa rakan-rakan berkunjung ke belakang dapur Amie, melihat gugus-gugus anggur yang sedang membesar terselit dan menyelit di celah ranting dan ada yang tertutup oleh daun-daun anggur yang lebar dan besar. Jom kita tengopk-tengok gugus-gugus anggur kami di Amie's Little Cottage. Tidak ada sebarang syarat, peraturan atau larangan di kawasan tanaman anggur kami....
Salam pagi Sabtu buat semua rakan pengunjung yang disayangi. Harap semuanya sihat dan riang ria bersama yang tersayang! Rindu rasanya kerana terlalu lama menyepikan diri. Insya-Allah, apabila kekangan waktu dapat diatasi Amie akan kembali memeriahkan dunia masakan tanahair kita! Sama-sama menyumbang resepi dan berkongsi menu. Ehsan: Google Terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan takziah daripada rakan-rakan blogger dalam catatan Selamat Beristirehat...
Beliau seorang insan yang sangat kami kagumi. Beliau tidak banyak bersuara apalagi mencela orang. Sikapnya yang sentiasa merendah diri, ringan tulang dan banyak terlibat dengan kerja kebajikan dalam masyarakat kampung sentiasa menjadi sebutan dan rasa keharuan dalam kalangan ahli keluarga kami dan juga masyarakat setempat. Tidak pernah kami mendengar sebarang rungutan, penat atau lelah ketika penduduk kampung meminta sebarang pertolongan terutama dalam hal...