Ikan Bolu @ Susu @ Bangos Panggang Tanpa Tulang & Sambal Mangga
6:53 PTG
Kalau Encik Suami ajak makan di Khadijah Ikan Bakar di Sri Perdana, memang Amie tak lepas peluang pesan ikan bolu panggang. Istimewanya ikan bolu yang dhidangkan tidak bertulang langsung! Walaupun tak makan dengan nasi, Amie ratah begitu saja!
Alhamdulillah, nampaknya bekalan ikan bolu siap buang tulang ada di beberapa tempat di LD. Dah lewat tengahari Amie baru keluar dari kawasan sekolah setelah selesai aktiviti kokurikulum dan di sambung mesyuarat kokurikulum pula. Perut yang berkeroncong usahlah nak kata lagi. Singgah sebentar di kedai, dan sewaktu berkira-kira untuk membeli apa yang patut (yang boleh dimasak segera), terpandanglah ikan bolu tanpa tulang bersusun dalam freezer! Apa lagi, Amie pun pilihlah yang mana boleh muat masuk dalam kuali ajaib! Semuanya saiz besar! Akhirnya dapat jugalah saiz yang agak sederhana! Bila Amie panggang, terpaksalah bengkokkan ekornya supaya muat masuk dalam kuali untuk ditutup!
Seperti biasa, menyingsing lengan dengan kuasa lipas kudung, siaplah ikan panggang terhidang bersama teman seangkatannya, mentimun, tomato, petai dan sambal mangga serta sup ayam kurma merah. Sup ayam tu tak sempat ambil gambar. Lupa!
Encik Suami selalu bising, katanya tak elok petik mangga belum masak dibuat sambal. Haisshhh... lupakanlah perkara karut tu! Bila kita petik dan siap terhidang, tak bising pulak...hiks! Jom tengok resepi yang sangat ringkas di bawah ini:
Ikan Bolu Panggang
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bolu tanpa tulang seberat 500 gram
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada putih
1 sudu kecil pati asam jawa
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak
Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup serta lada putih hingga lumat.
2. Masukkan garam dan pati asam jawa. Gaul sebati.
3. Lumurkan pada ikan.
4. Letakkan ikan di atas kuali dan tuangkan minyak di atasnya.
5. Panggang hingga masak di bahagian sebelahnya dan terbalikkan supaya masak di bahagian sebelahnya lagi.
Jangan terkejut dengan penggunaan lada putih yang banyak sebagai bahan pemerap ikan. Sebaiknya peraplah 15 minit, tapi Amie terus panggang sebab dah tak ada masa. Lada putih tu Amie bubuh banyak sebab dulu jiran selalu bagi ikan bolu panggang dan sedap pula rasanya bila banyak dia bubuh lada putih!
Bahan-bahan:
2 cawan isi mangga yang sudah disagat
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
3 sudu besar jus limau kasturi
Bahan tumbuk:
15 biji cili padi merah
3 biji bawang merah
2 cm belacan
Cara:
Camburkan semua bahan di atas. Gaul rata dan hidangkan.
Maaf ye... resepi yang dihasilkan ini merupakan resepi orang kelam kabut...hiks! Yang penting siap dan sedap! Alhamdulillah... seperti biasa, ini hidangan tengahari kami merangkap makan malam!
9 comments
Sedapnya ikan panggang Bolu nie...saya memang peminat blog Pn. Aimi..memang hari hari buka tengok resepi masakan..biasa jadi silence reader je..hari ni terasa pulak nak bagi komen dek penangan ikan Bolu tu...First time saya dengar ikan jenis nie. Kat semenanjung ni rasanya x de org jual ikan jenis ni...Sealamat berblog..
BalasPadamPn Siti Hajar, dia Semenanjung esp KL ada dijual di hypermarket-Giant, Mydin atau Checkers. Orang sini panggil ikan susu. Di pasar pun ada jual. Isinya lebih lemak dari ikan terubuk.
BalasPadamPuan Siti Hajar,
BalasPadamterima kasih sudi datang dapur kecil ini. Seperti kata Puan Roslin, memang ada ikan susu @ bolu dijual di Malaya. Saya pun selalu nampak kalau balik kampung, singgah di Econsave atau Giant...(selalunya saya pergi Puncak Alam, Meru dan Sungai Buluh).
Puan Roslin,
terima kasih bagi info tempat2 selain Econsave dan Giant. Betul tu ikan susu. Di sini tak ada ikan terubuk, jadi ikan susulah penggantinya.
Salam K.Amie..camana cara dorang buang tulang ikan susu sblm dimasak..k.amie tau?
BalasPadamZamza,
BalasPadamkakak tak tahu caranya, sebab dah siap jual dalam bungkusan.
Terima kasih Pn Roslin dan Pn Amie atas info...kena cari ni sebab nampak sedap sangat tu...
BalasPadamAssalamualaikum puan. Boleh kongsikan tempat beli ikan baulu di LD? Sebelum ni saya beli di Kunak. Jauh plak dari tempat saya felda sahabat
BalasPadam0198977439..penjual ikan baulu tanpa tulang di ld
PadamWani,
BalasPadamwaalaikumussalam.
Tak pastilah pula sekarang ini masih lagi dijual ikan bolu tanpa tulang atau tidak sebab kedai tu sudah ditutup. Sekarang kalau nak makan, saya ke restoran Khadijah Cathering di Seri Perdana. Di situ ada hidangan ikan bolu panggang tanpa tulang.