ADSENSE

Jumaat, 20 Februari 2015

XPDC Menawan Puncak Kinabalu (Episod 4) : Persediaan & Persiapan Sebelum Mendaki

Akhir November 2014 telah berlalu. Awal Disember 2014 masih terasa pilu di atas pemergiannya... arwah Cikgu Munim.  Al-Fatihah... moga tenang dan damai Cikgu di sana, di alam kekal abadi. 

Teringat lagu Pepatah Pujangga nyanyian A Ramlie:

Burung-burung berterbangan
angin pagi bertiupan
sang suria mula memancar
menyinari alam yang indah

Insan di dunia mula tersedar
sehari lagi umur meningkat
yang dah pergi akan diganti
yang masih hidup terus berbakti

Jangan takut pada mati
kalau beriman yang suci
kubur bukan perhentian rohani
tapi perhentian jasmani

Wahai orang-orang beriman
inilah pepetah pujangga
kata yang telah diberikan
dari insan bijaksana

Mari insan kita semua
kau dan aku menadah tangan
memohon doa pada Ilahi
agar selamat hidup dan mati

Penggal persekolahan lewat dibuka (dibuka pada 12.01.2015) kerana penangguhan akibat banjir besar yang melanda beberapa buah negeri terutamanya Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Kami kembali ke sekolah.... dan kami tidak menyedari bahawa Cikgu Munim telah tiada.... ya! Sebenarnya kami telah kehilangannya.... tapi kami masih berasa dia ada di samping kami, sehingga Cikgu Darwisah tersasul menyebut namanya untuk berurusan di biliknya... bilik Penolong Kanan Pentadbiran! Oh! Cikgu Darwisah..... Cikgu Munim kita sudah lama meninggalkan kita semua!

Apa pun hidup mesti diteruskan.
Life must go on!
Ingat kata Pepatah Pujangga.... kubur bukan perhentian rohani, tapi perhentian jasmani!  Bertolak dari itu masing-masing mengumpul semangat untuk meneruskan cita-cita dan hasrat arwah Cikgu Munim. Mimie Heryati yang pada mulanya menarik diri dan tempatnya digantikan oleh Cikgu Niezam akhirnya membulatkan tekad untuk meneruskan ekspedisi, begitu juga dengan beberapa orang rakan yang lain. Cikgu Niezam tidak jadi pergi, manakala kekosongan tempat arwah Cikgu Munim digantikan oleh Cikgu Azman. Di saat semakin hampir tarikh ekspedisi, Cikgu Kavvy pula terpaksa menarik diri kerana pada tarikh yang sama ada urusan yang tidak dapat dielakkan di Kuala Lumpur. Akhirnya tempatnya digantikan oleh Cikgu Nano. Cikgu Johnny pula terpaksa menjalani pembedahan mata, dan doktor menasihatinya supaya berehat selama sebulan, serta elakkan diri dari mengikuti sebarang aktiviti lasak. Dan... di saat akhir, Rach pula terpaksa menarik diri.... kerana.... positif hamil! 
Pada mulanya kami seramai 20 orang yang bakal mendaki kini menjadi 19 orang.... Jadi, antara yang tersenarai sebagai ahli ekspedisi termasuklah:

Kamsiah
Bellylyn
Amie
Azman
Jamasri
Junizam
Ramlee
Anwar
Nano
Fauzan
Faiz
Akmi
Misa
Mimie
Jill
Pyan
Cynthia
Darwisah
Suderajat
 
Segala persiapan untuk ekspedisi disediakan sedikit demi sedikit termasuklah:









Tidak lupa... satu lagi perkara wajib, paling diutamakan.... latihan untuk kecergasan tubuh badan. Bila ada kesempatan kami berjogging di taman, atau mendaki Gunung Silam di hujung minggu.



Wajah-wajah penuh semangat untuk menakluk puncak tertinggi di Asia Tenggara (gambar di Menara Kayangan, Gunung Silam, seminggu sebelum ekspedisi).


4 ulasan:

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Masya'Allah..
Mabrook Amie.. menafaatkan setiap saat yang Allah pinjamkan dengan aktiviti yang berfaedah.

Amie berkata...

Shamsiah,
terima kasih... alhamdulillah, ada sedikit kekuatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan... yang tidak terdapat di tanah dataran...

nasa mulia berkata...

Kak, charge utk malasyian tu apply utk semua ker, sebb ada yg cakap sabahan & semenanjung charge berbeza...yang saya ingat 20 tahun dulu masa mendaki mmg murah sangat....

Amie berkata...

Nasa,
memang berbeza harga Sabahan dengan semenanjung, kawan2 Sabah dapat murah sikit, saya kena tambah sikit... 20 tahun lepas pun masa saya daki murah sangat, hanya bayar untuk guide saja, tapi ini merangkap semua termasuk makan, bayaran utk guide kena RM38 seorang.