ADSENSE

Ahad, 22 Februari 2015

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 6) : Pagi 15 Februari 2015 di Taman Kinabalu

Bertemu kembali dengan sambungan catatan Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu.
Pagi 15 Februari 2015 bersamaan hari Ahad, kami tiba di pintu masuk Taman Kinabalu. Untuk memasuki kawasan ini anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM3 setiap seorang. (Jika anda berminat untuk mengikuti trip mendaki Gunung Kinabalu, sila dapatkan info dari internet. Banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej pendakian di samping pelbagai promosi lain yang menarik.) Terima kasih sekali lagi buat Bell dan juga Misa kerana bersusah payah mengurus pakej pendakian kami.


Kumpulan kami dijangkakan akan bersarapan di Balsam Buffet Restaurant pada pagi ini. Restoran ini terletak di bahagian bawah, dan kenalah menuruni anak tangga untuk sampai ke sana. Sebelum ini, setiap kali datang ke sini, Amie tak pernah singgah atau makan di restoran ini, hanya sekadar duduk-duduk di tepi tangga dan ambil gambar di pintu masuk restoran. Walaupun pernah mendaki sebanyak dua kali sebelum ini, juga tidak pernah berkesempatan masuk ke ruang dalam restoran ini. Wah! Rasa teruja pula kali ini sebab berpeluang untuk menikmati sarapan bersama rakan-rakan yang lain. Mungkin ada sesuatu yang menarik... maklumlah restoran di kaki gunung, tentu tak tak sama dengan restoran di tempat lain.

Cantikkan pemandangannya! Bumbung restoran di bahagian bawah, dan di belakang sana sudah kelihatan Gunung Kinabalu dalam sinar cahaya matahari pagi.


Intai-intai dulu Balsam Buffet Restaurant dari bahagian atas.

 Jom turun ke bawah....


Ha... dah sampai pun.


Sementara menunggu rakan yang lain tiba, ambil dulu gambar di depan restoran. Besarnya daun keladi! Entah keladi jenis apa....

Kami beramai-ramai masuk ke bahagian dalam restoran untuk bersarapan. Kebetulannya beberapa hari lagi sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung, jadi hiasan dalaman pun tidak mengenepikan unsur tersebut!
Tengok tu.... Akmi dah tak sabar-sabar nak bersarapan... siap tarik kerusi lagi tu!


O'oooo..... rupanya tidak ada sarapan untuk kami!  Kami diberitahu, untuk sarapan pagi kena bayar RM25 seorang. Yang disediakan untuk kami ialah di bawah ini....

 Bungkusan makanan untuk makan tengahari!

 Syukur Alhamdulillah.... 
Jill pun dengan ringan tulangnya membawa kotak makan tengahari kami ke luar!

 Inilah isinya.... Roti sandwich, sebiji epal dan sebotol air mineral!

Apalagi.... masing-masing dengan bungkusan makanan di tangan. Jadi,  bekalan tengahari itu kami pun makan....

 ... sebagai alas perut sebelum mendaki!

Dalam keadaan perut kosong, dan sejuk itu... makan apa pun sodap! Betul tak Ijat? Macam sedap jewww si Ijat tu makan roti....hiks!


Sebelum meninggalkan restoran dan bungkusan makanan yang kosong, sempat Amie tangkap gambar pelancong dari Jepun ini.... orangnya sangat peramah, senyum, angguk-angguk dan tunduk-tunduk semasa lalu di hadapan Amie. Padahal waktu itu Amie sedang bertelefon... tapi sempat pulak dia berkomunikasi dengan sopan! Agaknya siapalah namanya.... Encik Hiroshima atau Encik Nagasaki?

Hmmmm.... selesailah sudah sarapan pagi kami di perkarangan Balsam Buffet Restaurat, di kaki Gunung Kinabalu yang nyaman dan sejuk dan di hadapannya ada pokok keladi yang besar-besar macam telinga gajah itu.

2 ulasan:

nasa mulia berkata...

Pernah lunch di sini suatu masa dahulu, orang belanja...masa tu tak pandai sgt dan kenal makanan, tapi makan jer, sedap jer semua rasanya.

POJIEGRAPHY BLOG berkata...

Meriah ekspedisi ni yer. Hmmmm, belum pernah berpeluang lagi untuk naik Mt Kinabalu. Huish