ADSENSE

Selasa, 20 Januari 2015

Sup Kambing Oh Sup Kambing!

Hari ini Amie masak Sup Kambing.
Masak cara yang sangat ringkas, tapi tetap sedap. Kalau bubuh bawang goreng lagi sedap, tapi entah ke mana perginya tupperware berisi bawang goreng!
Makan sajalah mana yang ada. Perut pun dah lapar!
Kalau nak masakan sihat, biasanya orang akan rebus dulu daging kambing, lepas tu sejukkan dulu atau masukkan peti sejuk dan kemudian buang bahagian lemaknya yang mengambang di permukaan kuah. Amie pulak... besarkan malasnya, dan sebenarnya tak sabar nak cepat-cepat siap masak.... he hehehheee...

Sup Kambing ini pun Amie masak gaya kampung, tapi taklah bubuh banyak bahan. Cuma gunakan bahan asas saja termasuk rempah-rempahan. Jadi tak adalah bau aroma serai atau lengkuas. Yang ada hanya gabungan aroma halia ditumis bersama bawang besar dan rempah-rempahan seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Itu pun dah cukup menggoda selera!

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing (biri-biri) dengan tulang
2 biji kentang - kupas dan belah 4
2 biji tomato - belah 4
3 batang daun saderi - hiris 5 cm panjang
1 labu bawang besar - mayang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 sudu makan minyak
1 sudu makan lada putih - tumbuk
1 liter air
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm halia
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga sebati.
3. Masukkan daging kambing. Balik-balikkan sehingga daging kambing kelihatan layu dan berubah warna.
4. Tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan kentang dan batang saderi. Perlahankan api dapur ke tahap sederhana.
6. Tutup periuk dan renihkan sup kambing hingga daging dan kentang empuk.
7. Masukkan tomato, dan perasakan lada putih serta garam / perasa pilihan.
8. Hidangkan panas.

 Bismillah....

8 ulasan:

Haffizul Iskandar berkata...

Alahai.. Sedapnya.... Sup kambing makanan kegemaran saya ni.. :)

Gee® berkata...

Eiiii...rasa nk cubit2 Amie ni taww... selalu tayang menu fav kite... aaargh... terlior..!!

adda syuhada berkata...

sedapnyer...

Amie berkata...

Haffizul,
simple dimple aje resepinya

Gee,
mari cubit-cubit daging kamben tu ha hahaha...

Adda,
jemput... jemput

Anna Qawina berkata...

Aslmkm kak amie..
saya kan..tunggu orang buat kenduri je baru hadap sup kambing ni..haha..

kasihilmar.com berkata...

Terbaik !!

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. tun ni kann.. smp sekarang tekak ni xleh masuk kamben.. daging pon kalau masak gulai ke, goreng kunyit ke baru blh makan.. kalau ada lagi bau2 hamis dia tuu alamat xsentuh la. huhu.. husben tun suka mkn kamben, kalau dia teringing dia kene masak sendiri. hahaha.. sbb tun xtahan bau dia.

Amie berkata...

Anna,
bestnya kalau dapat hadap sup di tempat kenduri... mesti rasanya berganda sedap sebab hasil kerjasama masak-memasak kan...

Zanita,
tq...