ADSENSE

Rabu, 14 Januari 2015

Sotong Masak Sos Plum

Mengenangkan Firdaus begitu berselera sehingga menjilat tangan sewaktu makan nasi bersama kuah ayam masak sos plum tempohari, Amie cadang nak habiskan terus stok sos tersebut. Asyik terbiar saja, nanti sampai tarikh luput tak boleh digunakan lagi.... kan membazir namanya.
Wokey... kongsi masakan yang ringkas dan mudah lagi! Kali ini gunakan sotong pulak.

Bahan-bahan:
500 gram sotong - bersihkan dan potong ikut suka
1/2 batang lobak merah - potong bulat
10 biji snow peas - bersihkan dan potong 2
3 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
3cm halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar serta halia hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah bersama sotong. 
3. Tambahkan sos plum, sos tiram, sos tomato dan kicap manis. Biarkan antara 5 hingga 6 minit.
4. Setelah sotong masak, masukkan snow peas.
5. Untuk memekatkan kuah, tuangkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata dan setelah kuah pekat, padamkan api dapur.

3 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

wana baru ja lepas makan..tapi tengok sotong ni jadi lapar balik..heheh..

Gee® berkata...

Bukan Firdaus aje yg jilat jari... kite pon macam nk jilat skrin lappy tgk sotong tu... cantik dan mengguda taww Amie...

kasihilmar.com berkata...

Amie, nmpk sangat sedap!