ADSENSE

Ahad, 25 Januari 2015

Sotong Masak Kicap Manis Pedas

Mummy masak sotong bubuh kicap maniskah?
Ya.
Oh! Patutlah sedap!
Itulah Fuad.... kalau masakan bersos memang itulah yang digemarinya. Dan jujur... kalau sedap dia akan akan sedap, tapi kalau kurang menepati seleranya walaupun dia makan banyak, dia akan kata.... lapar! Sebab kalau lapar, sedap tak sedap, menepati selera atu sebaliknya, yang penting perutnya terisi!

Bahan-bahan:
500 gram sotong - bersihkan dan potong ikut suka
4 sudu makan kicap manis ABC
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk
1 labu bawang besar - hiris kasar 
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 60 ml air
4 sudu minyak

Bahan kisar:
5 biji cili merah
7 biji cili padi -(pilihan)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji tomato masak / merah - belah 2
2 sudu makan udang kering

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan bawang besar bersama sotong. Masak seketika antara 3-4 minit.
3. Tambahkan sos tiram, kicap manis ABC dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung.
5. Gaul sekali lagi dan padamkan api dapur.

Jemput makan.... sotong pelbagai rasa!

7 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

wana suka makan sotong kak amie..x kisah la masak apapun..semua telan..heheh

cik belbel berkata...

gambar mainkan perasan !!

tun_telani berkata...

cantik pulak nmpk sotong kak amie nih..hihi.. skrg musim hujan, susah betul nk jumpa seafood yg fresh.

POJIEGRAPHY BLOG berkata...

Gambar tu menarik saya untuk ke sini!

Sayang Ibu Enterprise berkata...

Nampak menarik.. boleh try. Tq

Sayang Ibu Enterprise berkata...

Nampak menarik.. boleh try. Tq

sweet smile berkata...

sedapnya...nk cubalah nti