ADSENSE

Selasa, 27 Januari 2015

Sedapnya Udang Goreng Tom Yam!

Harumnya!
Tak tahan saya hidu baunya!
Bolehkah saya minta seekor, Mummy?
Itulah Fuad! Balik sekolah dengan perut lapar. Mummy pun lapar juga tapi sempat terlelap depan televisyen. Bila Fuad sampai rumah, terus bergegas ke dapur. Masaklah apa yang ada, dan yang penting cepat siap!


Inilah hasilnya Udang Goreng Tom Yam yang menggoda selera Fuad. Peti sejuk rupa-rupanya meragam dari malam tadi! Bahagian sejukbeku sudah tidak berfungsi. Sayanglah semua bahan makanan yang tersimpan di situ... habis mencair! Ada pula sekilogram udang kertas belum terusik. Kalau dibandingkan dengan ikan dan daging, udang cepatlah buruknya. Jadi Amie ambil keputusan masak semua satu kilogram udang kertas tadi. 
Amie perap udang kertas dengan pes tom yam, dan kemudian bubuh tepung jagung dengan tepung gandum sedikit dan juga hirisan daun ketumbar. Lepas tu Amie goreng... goreng sajalah ye...


Bahan-bahan:
1 kg udang kertas saiz besar - bersihkan dan belah belakang - buang uratnya
200 gram pes tom yam (sebungkus) - jenama MasFood
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
1 pokok ketumbar - hiris halus
minyak

Cara:
1. Gaul udang kertas bersama pes tom yam, tepung jagung, tepung gandum dan daun ketumbar.
2. Perap seketika antara 10-15 mint.
3. Goreng hingga masak.
4. Angkat dan toskan.

Petang tadi Encik Suami terpaksa tumpang peti sejuk kakak dia. Terpaksalah angkut segala bahan sejukbeku ke kampung! Kata Encik Suami peti sejuk dah kehabisan gas, sebab dah lebih 10 tahun kami gunakan. Sebenarnya lebih 10 tahun... mungkin 12 tahun!

13 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

Wana pun terliur juga tengok udang tu Kak Amie :)

Kak Nita berkata...

As-salam kak amie ...
tergoda sungguh !

POJIEGRAPHY BLOG berkata...

Oh tidak! Nasib baik jenguk blog akak masa dah kenyang hehe

Mardiah Diana berkata...

Salam singgah pagi d sini...wahh...sedapnya udang...

Rohah berkata...

kalau fuad suka udang ni,bibik roha pun suka nampaknya...bila2 bole dicuba

Wani berkata...

salam singgah kak amie.. dah agak lama x makan udang huhu.. tapi tengok udang kak amie.. ni naik selera la pulak..

Cheq Sue berkata...

Aduhhh terancamnya tengok menu udang akak ni... saya kat sini dekat sebulan dah dok cari udang tapi tak ada.... yang ada pun semua saiz xtra s... sedihhhhh

Sue Sopian berkata...

wah.. nampak sedap ni..
boleh jugak try nanti.. :)

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum amie aduh nk nanges.. x thn rasanya nenguk udang melengkar tu..klu dpt ratah mesti x ingat...

Amie berkata...

Bbwana,
jemput Wana.

Nita,
meh joint sekali :)

Pojie,
he hehee.... jengok sebelum makan pun ok gak...

Amie berkata...

Mardiah,
terima kasih sud singgah... udang memang sedap.

Rohah,
oho... silakan Rohah... Fuad memang tak tahan hati kalu masuk dapur.

Wani,
kak amie pun lama tak bw... sedap ni Wani, harum dengan pes tomyam

Amie berkata...

Cheq Sue,
udang memang macam tu kaan... kalau kita cari dia tak ada, kalau kita tak peru... ada pulak dianya he he hehee...

Sue,
silakan.

Umie Jazz,
waalaikumussalam... meh kita nanges sama-sama ha hahhaa.

kasihilmar.com berkata...

Bestnya, makan udang tomyam dengan nasi putih pasti terangkat!