ADSENSE

Ahad, 4 Januari 2015

Resepi Sihat & Berkhasiat di Musim Tengkujuh : Ikan Pari Masak Asam Rebus

Hujan dan terus hujan, cuaca bertambah dingin di luar dan dalam rumah. Apa kata kita hidangkan masakan panas resepi rebus-rebus.
 

Kayuh ke kanan teroleng ke kiri,
Mudik ke hulu dibawa arus,

Apa dihidang lauk tengahari,
Ikan Pari Masak Asam Rebus,


Bahan-bahan:
800 gram ikan pari - potong ikut suka
10 biji kacang bendi - potong tampuk dan ekor
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 tangkai daun kesum - patah-patahkan bahagian tangkai yang berdaun
7 biji cili padi
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
800 ml air
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah 
1/2  sudu teh belacan

Cara:
1. Didihkan air bersama bahan kisar.
2. Setelah mendidih masukkan asam keping, bawang besar, serbuk kunyit, daun kesum, ikan pari dan kacang bendi.
3. Masak di antara 5 hingga 7 minit.
4. Setelah ikan pari masak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Hidangkan panas.


Hidangan ini sudah tentunya berkhasiat dan menyihatkan!

2 ulasan:

Yana Shaiful berkata...

Alahaiii kak amie..sedapnyaa.. feberet yana klu masak gaya gini.. suka hirup kuah yg masam2 pedas gitu ^_^

kasihilmar.com berkata...

Sedapnya Amie...