ADSENSE

Selasa, 6 Januari 2015

Pegedil @ Bergedil Daging Kisar

Bila melihat banyak kentang di dapur, mulalah terfikir nak buat pegedil @ bergedil. Kebetulan pula ada lebihan daging kisar jenama Bang Ramlee, eloklah dibuat ramuan untuk pegedil. Tak perlu susah payah nak rebus daging lagi.

Tak terkira berapa ketul masuk mulut!

Bahan-bahan:
500 gram ubi kentang - kupas - potong ikut suka dan goreng hingga masak
200 gram cawan daging kisar
1/2 cawan bawang goreng (merah & putih)
1/2 cawan hirisan daun sup
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 biji telur - pukul ringan
garam / perasa pilihan secukupnya
minyak

Cara:
1. Gaul sebati kentang lenyek bersama daging kisar, bawang goreng, daun sup, lada putih dan garam / perasa pilihan hingga sebati.
2. Kepal bahan tadi sebesar bola ping pong dan bulat-bulatkan, kemudian leperkan menjadi pegedil yang mampat.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam.
4. Celupkan pegedil di dalam telur dan goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.

Boleh dimakan bila-bila masa... untuk sarapan pun okey! Mengenyangkan...


Bahasa kami periuk itu kendil,
Bila diketuk bunyi berdentang,
Sarapan kami berbutir pegedil,
Digaul dibentuk daging dan kentang.


6 ulasan:

Wattie berkata...

Assalamualaikum,
Bestnya tgk bergedil tu Amie, rasa nak capai la ni jgk boh dlm.mulut, terliuq sungguh, pekena pulak dgn sos, fuhhhhh pengsannn

Bbwana adienia berkata...

serius wana suka sangat makan begedil..

hazila berkata...

Wow sedapnya nampak bergedil tu. Selalu makan macam tu je.

Amie berkata...

Waalaikumussalam Wattie,
hujan2 begini tak cukup dua keroi Wattie...

Bbwana,
sedapkan Wana.

Hazila,
ya... saya pun makan je gitu, kalau ada soto memang bertimbunlah pegedil dalam mangkuk saya!

whitecappuccino berkata...

soto dan bergedil memang terangkat!

kasihilmar.com berkata...

Saya suka sangat bergedil.. Amie, sedap tengok bergedil daging ini!