ADSENSE

Ahad, 11 Januari 2015

Opor Pedas Nangka Muda Dengan Daging Tetel

Jom tengok resepi Opor Pedas Nangka Muda Dengan Daging Tetel di bawah ini.

Bahan-bahan:
600 gram nangka muda - potong dadu - rebus hingga setengah masak - toskan airnya
400 gram daging tetel  potong ikut saiz digemari- rebus hingga empuk - jangan buang air rebusannya
500ml santan pekat
2 batang serai - diketuk
3 cm lengkuas muda - diketuk 
1 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
 
Bahan kisar:
25 biji cili padi 
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
 
Cara:
1. Masukkan semua bahan kisar, serai, serbuk kunyit dan lengkuas ke dalam periuk berisi daging tetel yang telah empuk.
2.  Biarkan masak seketika dan kemudian masukkan nangka muda.
2. Tambahkan santan pekat.
4. Biarkan masakan mendidih dengan api panas sederhana sehingga nangka muda  empuk.
5. Setelah kuah mula memekat masukkan garam / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur dan hidangkan.

 


3 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

dah lama tak makan nangka muda ni Mie, sedap nampak apa lagi di letak daging tetel tu adoiii sedapnyaaaa

Gee® berkata...

Sedapnyaaa...

Bbwana adienia berkata...

nampak menyelerakan tu kak amie..

apapun, selamat kembali ke sekolah kak.. :D