ADSENSE

Sabtu, 24 Januari 2015

Masak Nasi Ayam Hainan Cara Mudah Menggunakan Hainanese Chicken Rice Mix

Setengah hari berada di sekolah kerana terlibat dengan aktiviti kokurikulum....
Keluar dari perkarangan sekolah, perut rasa sangat lapar! Nak singgah makan di kedai, malaslah pulak bila fikirkan tempat parking kereta yang selalu sesak. Akhirnya singgah pasar beli ayam segar seekor. Terbayang di ruang mata... anak-anak sedang menunggu d rumah dengan perut lapar.... sama macam kita juga! Dalam perjalanan pulang, terfikir nak buat nasi ayam saja. Mudah. Cepat. Sedap! Kebetulannya kelmarin beli sepaket Hainanese Chicken Rice Mix. Elok sangatlah tu... sampai rumah nanti sementara menunggu nasi tanak, boleh rebus ayam dan sambil-sambil kisar cili merah dengan buat sambal!
Wokeeeyyyy.....

 Nasi Ayam Hainan dah siap!

Hari ini dapatlah kami berkumpul anak-beranak makan tengahari bersama walaupun agak terlewat ke petang.... ahaks! Seronok tengok anak-anak berebut nak makan ayam rebus @ konon-kononnya rebus stim! Habis satu ekor ko....!
Jom tengok resepi Nasi Ayam Hainan di bawah ini.

Bahan-bahan:
4 cawan beras 
3 helai daun pandan - siat
2 paket kecil Perencah Nasi Ayam Hainan Delichef
air secukupnya.

Cara:
1. Masak nasi seperti biasa bersama daun pandan.
2. Setelah nasi masak dan mula mengering, tambahkan 2 paket kecil Perencah Nasi Ayam Hainan Delichef - dalam satu bungkusan tu ada 3 paket kecil perencah
3. Gaul perencah tadi dengan nasi hingga sebati.
4. Tutup periuk dan biarkan masak selama 5 - 10 minit lagi.

Untuk ayamnya pula, Amie rebus bersama bawang besar,  bawang putih, saderi dan hirisan halia. Amie tambahkan satu paket kecil Perencah Nasi Ayam Hainan ke dalam periuk rebusan, dan kemudian Amie tambahkan lagi 3 sudu teh serbuk pati ayam sebagai perasa. Apabila daging ayam telah masak atau empuk, keluarkan dan potong atau cincang sebelum dihidangkan. Renjiskan dengan minyak bijan.... semerbak!

Jangan lupa sambal nasi ayam! Biasanya halia dikisar dan dihidangkan secara berasingan dengan sambal cili, tapi Amie gabungkan semua. Walau bagaimanapun Amie lebihkan halia. Jadi, hasilnya masih seperti resepi Sambal Nasi Ayam Hainan. Amie gunakan 5 biji cili merah, 5 cm hali, bawang merah dan bawang putih, garam, gula dan cuka.

 Ini bahagian yang Amie suka!. Ratah-ratah saja... sambil hirup sup!

 Tak tahan godaan dengan sambalnya tau.... sedap!


Alhamdulillah.... ahli kelurga kami lengkap semeja.... ada 6 kerusi penuh 6 orang yang duduk mengelilingi meja: Farid yang menghabiskan hari-hari cutinya dengan membaca novel, Fuad yang baru balik dari sekolah kerana membersihkan kelasnya, Fairuz yang keletihan dari mengikuti aktiviti kokurikulum dan si kecil Firdaus yang semakin petah berkata-kata... termasuk Encik Suami dan Amie sendiri. Syukurlah... anak-anak tak cerewet..., tak bising pun kita hidang ayam rebus ....! Taklah jual mahal asyik nak makan ayam goreng saja!

Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurrata a'aiyun waja'alna lilmuttaqina imama.... amin!

8 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

assalam Mie, lapo lah maktok nasi ayam tu, dah lah belum makan ni nak kena gi dapor lah lepas ni

Effa Aziz berkata...

Rasa nak nangis tengok. Terliur! Semangat nak turun dpur buat ni jugak membara bara. Thank u kak for the sharing! :)

POJIEGRAPHY BLOG berkata...

Presentation yang menarik. Of course rasa pun akan sedap!

Ita Rossi berkata...

ayam tu nampak lembut dan bersari!

namyyul nurulazila berkata...

sedapnya..nmpk nasi ayam time lunch macam ni..

pemakan nasi ayam pinggan ke-1290 =)

fazian batrisyia berkata...

amboiiiii....sedapnya..terasa2 kat tekak ni.

mazlissa mardhia mazmadi berkata...

Perencah tu x perlu letak perasa ke puan

Amie berkata...

Mazlissa,
kalau tak silap perencah tu ada rasa masin dah... (lupa-lupa ingat sebab dah lama tak gunakan perencah ni), cuma dalam sup tu kita tambah perasa..mungkin disebabkan kuantiti air yang membuatkannya rasa sedikit tawar.