ADSENSE

Selasa, 13 Januari 2015

Kerabu Pucuk Paku Idamanku!

Tiba-tiba teringin nak makan Kerabu Pucuk Paku! Bukannya susah sangat nak sediakannya.... buat yang mudah, semudah Bonda sediakan untuk kami masa kecik-kecik dulu! Kalau Bonda buat kerabu, bukan saja pucuk paku, malah Bonda tambah pucuk ubi kayu, pucuk meranti dan juga kangkung kampung! Kelapanya pula Bonda pilih kelapa yang sedang-sedang.... tak tua dan tak muda. Bila Bonda gaul dengan bahan-bahan perencah... aduuuusss... semerbak dengan aroma hirisan daun kencur.... aaaa... Amie tak bubuh daun kencur, sebab di luar hujan. Jadi malas nak cari payung redah hujan untuk cabut daun kencur dari pasu!

Bahan-bahan:
400 gram pucuk paku - potong ikut suka dan celur hingga masak - toskan
1 cawan kelapa parut
1/2 labu bawang besar - mayang
4 biji limau kasturi - perah jusnya
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih - goreng
5 biji bawang merah - goreng
10 biji cili padi minyak
3 sudu makan udang kering - rendam hingga lembut

Cara:
1. Campurkan bahan tumbuk dengan kelapa parut. Gaul sebati.
2. Masukkan pucuk paku dalam sebuah bekas. Campurkan kelapa parut yang telah digaul tadi, bawang besar, garam, gula dan jus limau kasturi.
3. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

3 ulasan:

kasihilmar.com berkata...

Amie. saya suka kerabu macam ini, memang sedap!

Amie berkata...

Zanita,
Simple aje kan....

Nooriah Abdullah berkata...

kaknoor pun suka ni Mie mudah dan sempoiii je kan