ADSENSE

Selasa, 6 Januari 2015

Kepak Ayam Goreng Simple Dimple!

Kalau nak cepat olah ayam, goreng saja begini....

Bahan-bahan:
8 keping kepak ayam - bersihkan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh serbuk kunyit 
2 sudu makan minyak bijan
minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3cm halia
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Perap kepak ayam selama 15 minit dengan semua bahan di atas kecuali minyak dan minyak bijan.
2. Goreng dengan api panas sederhana hingga masak.
3. Angkat dan toskan.
4. Hidangkan dengan merenjis minyak minyak di atasnya.

Memang simple tapi sodap!

5 ulasan:

shidah berkata...

yang simple la yang membangkit selera kak amie....sedappp

Yana Shaiful berkata...

kak amie..sedappppnya ciken wings.. nnt nk try buat..dh terliur nii ^_^

Amie berkata...

Shidah,
betul tu Shidah.

Yana,
he heheh... try Yana jangan tak try.

Aida Salleh berkata...

Memang Nampak sedap sangat...

kasihilmar.com berkata...

Looks yummy and delicious!