ADSENSE

Ahad, 18 Januari 2015

Kari Ayam : Masakan Kegemaran Farid!

Alhamdulillah. 
Farid selamat mendarat di airport LD tepat pukul 3.40 petang kelmarin setelah seharian letih dalam perjalanan dari KLIA-KK-LDU. Katanya seawal 6.30 seawal pagi bertolak dari Bangi. Iyolaaa.... dah naik kapal terbang pun pukul 9 pagi, takkan keluar asrama pukul 8 pagi kot he hehehee.... Kami menunggu di airport LD, tak jauh dari rumah, hanya sekitar 6 atau 7 km saja.

Hari ini barulah Amie sempat masak lauk kegemaran Farid, Kari Ayam. Beberapa hari lepas memang dah berkira-kira nak masak itu ini, apa-apa sahaja makanan kegemarannya, tapi bila tiba harinya rasa badan tersangatlah letihnya! Mungkin selama satu minggu termasuk hari Sabtu, Amie banyak menghabiskan masa di sekolah dari pagi hingga petang menyiapkan tugasan sekolah.

Masakan ini ringkas sahaja. Amie campurkan serbuk kari jenama ADABI dengan serbuk kari 888. Serbuk kari ADABI warnanya pucat sedikit, manakala serbuk kari 888 warnanya agak terang. Amie tak bubuh cili kisar. Itulah masakan kari ayam kegemaran anak-anak. Tidak pedas!

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong menjadi 10 bahagian
60 gram serbuk kari (30 gram serbuk kari jenama ADABI dan 30 gram lagi 888)
1 liter santan (kisar 400 gram kelapa parut bersama 1 liter air)
2 biji kentang - kupas - potong 4
1 sudu teh pati asam jawa
5 sudu makan minyak 
garam / gula  / perasa pilihan
1 biji limau nipis - perah jusnya

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm halia

Bahan penumis:
1 labu bawang besar
2 pelepah daun kari - lurutkan
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan gaul sebati bersama bahan penumis.
3. Kemudian masukkan rempah kari. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan daging ayam, dan perlahankan api. Masak sehingga daging ayam menjadi layu dan mengeluarkan air.
5. Masukkan kentang dan seterusnya tambahkan santan.
6. Masak sehingga daging ayam dan kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
7. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Akhir sekali, tuangkan jus limau nipis dan kacau sekali dua.
9. Padamkan api dapur.

Ringkas bukan? Cuma diakhir proses memasak, tuangkan jus limau nipis... ikut cara MIL dan orang kampung Encik Suami masak. Tapi orang kampung Encik Suami masak kari tetap gunakan cili kering! Cuma Amie yang tak bubuh .... sebab memang anak-anak pun gemar masakan kari yang begini.

5 ulasan:

Wani berkata...

salam singgah kak amie... wah .. bila anak2 balik ni memang ibu la yg paling sibuk kan.. terasa nak buat macam2 :))

Nooriah Abdullah berkata...

amboiii terlioq lah orang sini Mie dengan kari ayam tu

Bbwana adienia berkata...

kari ayam memang sedap..wana suka kuah kari tu..cicah dengan roti atau makan dengan kelupis mesti best ni kak amie :)

Yana Shaiful berkata...

kari kegemaran yana sekeluarga jgk.. tgk kari harus rs nak menjala pulak..sedapnya..xpnh pulak yana perah limau nipis dlm kari..kna cuba jgk nnt ^_^

kasihilmar.com berkata...

Kari ayam always my favourite ! :)