ADSENSE

Selasa, 13 Januari 2015

Kacang Bendi Tumis Pedas Sama Udang

Nak masak udang atau masak sayur kacang bendi? Malas nak buat kerja dua kali, jadi elok benarlah masak sekali harung! 

Bahan-bahan:
15 biji kacang bendi - cuci - toskan - buang tampuk dan bahagian ekor - potong serong
15 ekor dang kertas saiz sederhana besar - bersihkan - buang kulit dan janggut - tinggalkan ekor
3 sudu minyak
1 sudu makan serbuk pati ayam

Bahan tumbuk:
15 biji cili padi minyak
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering - rendam hingga lembut

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan balik-balikkan. Masak sehingga udang berubah warna.
3. Masukkan kacang bendi dan tutup kuali antara 2-3 minit.
4. Buka penutup kuali. 
5. Perasakan masakan dengan serbuk pati ayam.
6. Gaul sekali dua. 
7. Padamkan api dapur.


8 ulasan:

ct cucubi berkata...

mengiurkan lah kak Amie~

Bbwana adienia berkata...

Nampak sedap tu kak Amie..wana pun suka makan bendi

adda syuhada berkata...

heheh tak penah masak guna bendi slalu ngn kacang botor.. menarik..

Nooriah Abdullah berkata...

adus jenjalan sini memang kenyang meratah bendi ni Mie hehe

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

T.kasih Amie krn mengingatkan K.Sham dgn resepi mudah tp lama sgt dah tak buat ni..

kasihilmar.com berkata...

memang best la masakan Amie ni!

Amie berkata...

Ct,
jemput...

Bbwana,
kakak suka tumis kering gini.

Adda,
sedap tau.

Amie berkata...

Kak Nooriah,
alhamdulillah kak :)

Shamsiah,
sama-sama kasih... ye, kadang2 kita terlupa juga.

Zanita,
tq Zanita... mudah aje kan.