ADSENSE

Khamis, 8 Januari 2015

Daging Tetel Masak Sambal Hijau

Hari ini Amie olah resepi baru menggunakan daging tetel. Rakan-rakan pengunjung yang biasa datang ke dapur Amie pernah tak terjumpa resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo? Ha... entah berapa kali Amie masukkan dalam entri... cuba klik DI SINI dan resepi Daging Tetel Masak Sambal Hijau ini adalah kesinambungan dari resepi tersebut. Bezanya Amie olah menggunakan cili hijau yang banyak serta menambah serai di dalamnya. Idea namakan sambal hijau ini sebab Amie gunakan jumlah lada hijau dan juga bawang yang sama banyak, ikut idea resepi Sambal Ijo Kjee DI SINI. Disebabkan walaupun banyak lada hijau digunakan tapi rasanya tak pedas, jadi Amie pun beranikan diri mencubanya untuk resepi daging tetel ini.

Sebagai percubaan, Amie hanya gunakan 300 gram daging tetel, 300 gram bawang besar dan 300 gram cili hijau. Sayangnya.... anak-anak kata tak cukup sebab sedap! Alhamdulillah... lain kali boleh buat lagi.

Daging Tetel Masak Sambal Hijau ini sedap dimakan bersama nasi panas dan juga nasi himpit atau ketupat. Wallaaa..... anak-anak kata kenapa buat sikit sangat? Sedaplah tu...
Jom tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
400 gram daging tetel - potong dadu
400 gram bawang besar - mayang kasar
400 gram cili hijau - hiris kasar
2 1/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 sudu teh pati asam jawa
4 sudu makan minyak
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
1 batang serai - ambil isinya.

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili hijau dan bawang besar. Gaul sebati dan masak hingga layu.
3. Masukkan daging tetel dan masak hingga daging berubah warna (layu).

4. Masukkan santan cair (pastikan santan menutupi paras masakan) dan biarkan masak hingga mendidih. Kemudian perlahankan api dapur atau masak gunakan api sederhana. Tutup kuali.

5. Setelah bawang dan cili hijau hampir hancur, masukkan pati asam jawa.

6. Dan seterusnya masukkan santan pekat.
7. Masak lagi sehingga pecah minyak.
8. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
9. Padamkan api dapur.

Hidangkan bersama nasi putih.


Atau lebih enak jika dinikmati bersama nasi himpit!

6 ulasan:

Kak Nita berkata...

sedapnya kak amie....makan dgn nasi panas2 pulak perghh terangkat.

Shiela berkata...

Ngences tau nengok.. Sedapnyerr

kasihilmar.com berkata...

Amie, masakan ini kelihatan sungguh enak sekali! :)

rahel berkata...

sukanya sy dg lauk ni kak....terliur2 menengok ooo

Amie berkata...

Nita,
ye... memang sedap, sesuai untuk yang tak sukakan rasa yang pedas sangat.

Sheila,
jemput Sheila... lap dulu ngncesnya tu ha hahaha.

Zanita,
betul tu, kami sekeluarga suka!

Rahel,
adeeehhh.... kak amie pun kena masak lagi ni rahel.

tun_telani berkata...

daging sekilo bawang sekilo cili hijau sekilo ye kak.. hihi... tun suka rasa cili hijau, jd resepi ni mesti sesuai ngan citarasa tun walaupon tun bkn peminat daging :)