ADSENSE

Isnin, 19 Januari 2015

Acar Pucuk Paku

Bertemu kembali....
Kali ini Amie nak kongsikan resepi Acar Pucuk Paku. Ada sesiapa yang pernah makan Acar Pucuk Paku?
Idea resepi ini Amie perolehi dari kakak ipar, tapi Amie tak pernah lihat dan makan Acar Pucuk Paku sebelum ini. Amie hanya mampu berimaginasi bila kakak ipar bercerita tentang keenakannya. Katanya, gunakan pucuk paku yang masih melingkar. Buat macam kita buat acar timun, dan katanya lagi cuka atau jus limau kasturi yang kita gunakan itu akan 'memasakkan' pucuk paku tadi. Kebetulan pada hari Ahad lepas, Amie berdua-duaan bersama Encik Suami pergi ke pasar tani. Terjumpalah dua jenis paku pakis dari jenis yang sama tetapi bentuknya berbeza. Satu jenis yang sudah berdaun, dan satu lagi hanya kelihatan pucuknya yang masih melingkar... seperti yang selalu kakak ipar ceritakan itu! Dan elok benarlah kalau Amie cuba buat Acar Pucuk Paku!

 Acar Pucuk Paku sudah sedia terhidang! Ada sesiapa yang berani nak cuba makan?

Inilah rupa pucuk paku yang masih muda, dan daun-daunnya belum kembang. Ambil pucuknya yang melingkar, dan belah dua. Sebelum itu eloklah cuci atau bilas pucuk paku ini dan toskan, kemudian barulah potong.

Bahan-bahan:
25 batang paku pakis tanjung - bilas - toskan - potong pucuknya dan belah 2
1 labu bawang besar - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
1 biji cili hijau - hiris nipis
2 sudu makan udang kering - rendam hingga lembut
7 biji limau kasturi - ambil jusnya (boleh gantikan dengan cuka)
1 sudu teh garam
3 sudu maka gula pasir

Cara:
1.  Gaulkan pucuk paku bersama semua bahan di atas.
2. Biarkan selama 20 minit sebelum dihidangkan.

Amie makan sikit.... terasa rangup pucuk paku tu, tapi Encik Suami yang ratah banyak!

4 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

nampak sedap..wana x penah makan acar pucuk paku tapi mama wana selalu buat macam sambal pucuk paku..sedap sangat..

kasihilmar.com berkata...

Menu macam ni boleh meningkat selera makan saya!

Lara Cameron berkata...

sedapnya niiii.. kecur rasa.. hehe

Mardiah Diana berkata...

Selalu makan pucuk paku tapi untuk resepi ni Diaan tak pernah cuba pula...InsyAllah nak cuba juga resepi akak ni..