ADSENSE

Jumaat, 3 Oktober 2014

Ubi Ungkep

Dulu-dulu.... zaman kanak-kanak, kalau ada hidangan ubi ungkep...oh! Enaknya tak terkata! Lagilah kalau berteman dengan kopi panas, dan musim hujan pula. Aduhaaaiiii....
Lain orang lain cara olahan ungkepnya, ada yang suka pedas ada yang tak suka pedas. Ada yang gunakan cili padi, ada yang gunakan cili kering. Ada yang bubuh ikan bilis, ada yang bubuh udang kering. Ada juga yang hanya bubuh rempah-rempah tanpa rasa pedas, atau tanpa rasa ikan bilis mahu pun udang kering. Itulah uniknyaa olahan ini... olahan wong Jowo, yang mengikut seadanya bahan yang ada. Tak banyak cerewet dan songelnya! Itulah yang Amie dapat lihat, baik ketika makan di rumah sendiri, ataupun ketika bertandang ke rumah jiran dan juga saudara mara. Masing-masing dengan keunikan yang tersendiri. Jadi, tidak ada sebab mengapa tidak boleh buat ungkep ubi, sebagaimana yang Bonda buat dan juga orang kampung kami olah. Kalau tak ada ikan bilis, ungkep ubi tetap menjadi!


Beberapa hari lepas, kakak ipar Amie berikan kami 3 biji ubi bersaiz besar. Amie kenal jenis ubi itu.... ubi pikul... ya jenis ubi pikul memang sedap dan cepat empuk jika diolah. Amie masak sebiji saja, sebab ia sudah cukup besar dan bila dikupas, jadilah ubi potong sebanyak satu periuk kecil. Dalam sukatan timbang, mungkin lebih 1 kg. Bila Amie tanya anak-anak, ada tak sesiapa yang nak makan ubi? Masing-masing geleng kepala.... hmmmm!

Okeylah, kita tengok resepi Ubi Ungkep di bawah ini:

Bahan-bahan:
1 kg ubi yang telah dibersihkan dan dipotong ikut suka
1 genggam ikan bilis - tumbuk kasar
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak
air secukupnya
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili kering
2 sudu makan ketumbar biji 
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis emua bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis tumbuk dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
2. Masukkan ubi, garam / perasa pilihan dan gaul rata. Tambahkan air sehingga menutupi ubi.
3. Tutup kuali sehingga ubi masak dan kuah mula memekat.
4. Kacau sekali sekala sehingga air ubi mengering dan kuah melekat pada ubi.
5. Padamkan api dapur.

Ubi Ungkep Amie warna oren, sebab Amie gunakan cili kering. Apa pun... kita aje yang sudi makan... anak-anak tak mo makan... Agaaknya kalau Amie buatkan kentang ungkep, mungkin diorang nak makan!

3 ulasan:

nasa mulia berkata...

Pernah makan ungkep ayam jer...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie...anak2 kita mana mkn ubi2 nie....klu kentg goreng..laju jerrr
Tp mmg nampak sedap tu!

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum Amie.Uj belum penah mkn ungkep ubi ni..nampak menyelerakan....