ADSENSE

Jumaat, 17 Oktober 2014

Resepi Rendang Yang Sedap dan Mudah!

Petang kelmarin, sewaktu mengambil Firdaus dari kampung, kakak ipar bagi kami sebesen.... campuran daging, limpa dan hati lembu! Kalau ditimbang barangkali ada dalam 3-4 kg! Syukur Alhamdulillah... rezeki Allah jangan ditolak. Memang sangat banyak! Anak buah Amie (anak kakak ipar) memang aktif  di kampung terutama dalam hal ehwal agama. Banyaklah daging korban yang dihantar ke rumahnya, termasuk kepala lembu, kambing dan organ dalamannya. Amie beritahu Encik Suami, nak cuba buat rendang campuran bahan-bahan yang sebesen itu. Amie nak cuba masak sedikit dulu, dalam 1 kg gitu, kalau menjadi dan sedap nanti yang selebihnya Amie nak habiskan juga, nak buat rendang yang sama juga, dan bolehlah Encik Suami bahagi-bahagikan atau makan-makan bersama pekerja-pekerjanya. Sedapkan kalau rendang dimakan bersama nasi himpit atau lemang segera! jadi, taklah membazir atau tersimpan saja sebesen campuran organ lembu tu dalam peti sejuk.
Di bawah inilah hasilnya rendang campur-campur daging lembu, limpa dan hati. Kalau minggu lepas Amie masak rendang gaya Minang DI SINI, kali ini Amie cuba resepi dari negeri Kedah pulak. Amie gunakan resepi dari Buku Masakan Tradisi Kedah oleh Puan Khatijah Md. Yatim. Resepi asalnya menggunakan daging, tapi Amie ubahsuai bahannya dengan campuran organ yang lain.

Kalau nak tahu rasanya, kenalah cuba buat sendiri. Sat lagi Amie kongsikan resepinya ye....

Seperti biasa, kalau hendak merendang kenalah sediakan bahan yang diperlukan seperti di atas. Daging, hati, dan limpa hendaklah dipotong terlebih dahulu mengikut saiz dan ketebalan atau nipis yang diingini. Kalau tebal, lambatlah nak masak, kalau nipis sangat nanti belum pecah minyak, sudah hancur dagingnya pula.

 Kisarkan 5cm lengkuas, 4 cm halia, 6 ulas bawang putih, 5 batang serai dan 1 sudu teh lada hitam. 

Kisarkan 50 gram cili kering bersama 5 biji bawang besar... bawang besar ye, bukan bawang merah... rasanya 5 biji tu lebih 1/2 kg! Tak disebut bawang besar jenis apa... jadi bawang Holland boleh, bawang Bombay pun boleh... bawang Thailand yang cantik tu pun boleh. Dan hasilnya... ha, di atas tu... satu mangkuk! Sebelum dikisar, rebus dulu cili kering tu ya tuan-tuan dan puan-puan.


Santan pekat kena sediakan 1/2 kg. Kalau santan pati begini biasanya diambil dari 2 biji kelapa! Itu baru betul-betul merendang, sebab nak bagi keluar minyaknya.... Dan satu lagi, dalam resepi tu juga gunakan 2 cawan air.Tapi Amie gunakan saja santan cair sebab dah kisar santan pekat, sayang pulak nak buang, jadi Amie kisar untuk dapatkan lebihan santannya.

Lepas tu, Letakkan kuali atas dapur. Masukkan santan, dan semua bahan perencahnya. 

Masukkan hirisan daging (dan yang Amie campur-campur tadi tu).

Don't forget  me.... daun kunyit! Siat-siat dan masukkan sekali. Lepas tu pasangkan api dapur. Jeranglah rendang tu....!

Janganlah dibiarkan terus... kacau sekali sekala, mana tahu bawahnya tu berkerak. Tapi biasanya sebelum kuah memekat, tak berkerak, cuma kalau berkerak... mana tahu kaaan... kang hangus rendang kito! Kalau menjadi rendang ini, cantiklah jadinya macam gambar di bawah ni....

Aiiikkkk...! Rendang belum siap lagi tau! Buat-buat lupa pulak dengan tugasan seterusnya.... kena tumbuk kelapa nak buat kerisik.

Dalam buku resepi tu sukatan kerisiknya 3 sudu makan saja. Jadi kalau nak hasil rendang yang enak, kenalah rajin buat kerisik sendiri. Tak susah mana pun. Sambil menunggu rendang masak, sanganlah secawan kelapa. Kalau kelapa dah kuning keemasan, angkat dan terus tumbuk. Ni... kerisik Amie ni dah warna coklat ha ha hahaha.... Kisar pun boleh, tapi entah di mana pengisar yang kecik tu terselit. Jadi Amie tumbuklah sekejap. Tak lama mana pun....

Tumbuk sampai keluar minyak ye.... Kalau masih tak keluar minyak, janganlah nangeesss pulak... tumbuk je pelan-pelan, lama-lama terbitlah minyaknya tu.

Bila rendang dah pekat, masukkan kerisik tadi dan kacau hingga sebati. Teruskan merendang sampailah terbit minyak ye.... Oh ya! Segala bahan perasa yang diperlukan bolehlah bubuh pada masa ini. Garam banyak mana, gula banyak mana dan jika ada perasa pilihan yang lain tu bubuh ajelah ikut cukup rasa dan citarasa masing-masing.

Inilah hasilnya... rendang dagingku, hatiku dan limpaku.
Kalau dah cuba resepi ni tapi kata tak sedap, maknanya adalah yang tak kena. Amie dah kongsi resepinya 100%... dan sesungguhnya kalau tak sedap juga, memang salah korang sendiri... ahaks! Bukan salah aku, dan bukan salah resepi hihihiiii....
Demikianlah kisahnya.... kisah rendang daging, hati dan limpa olahanku berdasarkan resepi asal, Rendang Daging dalam Buku Masakan Tradisi Kedah. Jumpa lagi.

13 ulasan:

Aina berkata...

Salam amie,nampak sedap je rendang amie tuu.Pandai amie masak.Tergoda dengan besen besen ayan tuu, emm memang beli satu set ke amie,,,,nampak nostalgia dan klasik sekali bila guna besen lama tuu,,,,

Amie berkata...

Aina,
sebenarnya sama je macam orang lain, masak biasa-biasa saja, cuma ikut resepi... besen-besen ayan tu... he heheh tu kalau jumpa di mana-mana kena beli, sebab sekarang dah susah nak cari benda lama ni, saja je guna untuk resepi2 tradisi... nampak klasiknya ye .

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Assalam Amie....
Memang nampak sedap sangat rendang campur Amie buat tu... tentu sedap digu dengan ketupat atau pulut kuning kan... terliur pulak tengok. Dulu MaDiHaA pun selalu buat rendang style gini.. tapi bila malas nak memerah santan.. bahan kisaran tu kenalah ditumiskan juga sebab kalau guna santan kotak tu memang takkan naik minyak... hehehe...

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sedapnya rendang, tambahan pula guna kerisik tg di tumbuk bertambah2 sedapnya

Bicara Kak Noor berkata...

rendang kedah mari mmg sedap hehee siapa lagi tak puji kan haa kalau bukan anak jati kedah ni teringin lah pulak ni nak buat

Tihara berkata...

sedapnya rendang kak mi
thanks share resepi nya :)

inahar ali berkata...

wah..rendang sedapnyer..aritu raya korban x sempat masak rendang..kempunan lak rasa..hehe!

kasihilmar.com berkata...

Salam Amie. Nampak sedap dan menyelerakan. Saya suka rendang macamni makan dengan ketupat pulut, yummy!

Amie berkata...

Madiha,
Waalaikumussalam... tu pasal rendang orang dulu-dulu tahan lama ye Madiha, nampak berminyak-minyak. Iyelaaa... mana ada peti ais masa tu nak simpan rendang yang banyak, terutama time raya. Dulu.. mana da santan kotak ye hihihiii... tapi kalau Amie nak guna pati santan yang betul2 pati biasanya beli saja di gerai kelapa parut, di sini 1 kg RM8.. puas hati!

Rosa,
Waalaikumussalam.... wangi baunya kalau kerisik buat sendiri kan Rosa.

Kak Noor,
Memang sedaplah Kak Noor, nampak saja cilinya bukan main banyak... mula2 masuk mulut memang terasa pedasnya, tapi lama-lama ketagih pulak dan makan lagi!

Amie berkata...

Tihara,
memang sedap... tak rugi mencuba, saya sangat berpuas hati! Jempol!

Inahar,
he hehe... kita ni kalau nak merendang biasanya pilih waktu tertentu ya Inahar... barulah ada suasana meriah!

Zanita,
aduhai... ketupat puut tadaklah pulak.... memang sedap....!

ffff berkata...

Kak amie, bahan2 kak amie tu untuk 1kg daging ke? Kalau sy nk masak 3kg, semua bahan saya ganda 3 ya? Faizah

ffff berkata...

Kak amie, bahan2 kak amie tu untuk 1kg daging ke? Kalau sy nk masak 3kg, semua bahan saya ganda 3 ya? Faizah

Amie berkata...

iFF,
Ye hanya 1 kg saja, nak masak lebih kenalah gandakan bahan yang lain.