ADSENSE

Selasa, 21 Oktober 2014

Lempeng Kelapa.... nostalgia orang kampung!

Dulu-dulu.... (kakak Amie yang sulung suka sebut sebagai zaman Tuk Kaduk) memang tak pernahlah tak buat lempeng! Setiap bulan Ayahanda akan membawa pulang sekarung tepung bersama seguni beras dan inilah makanan asas yang mesti disediakan memandangkan kami ramai adik-beradik, dan tentulah banyak mulut yang perlu disuap! Macam-macamlah Bonda dan kekanda Amie olah makanan daripada tepung, baik untuk sarapan pagi atau sarapan petang. Kalau dah jemu makan lempeng, tukarlah pulak buat cekodok. Segala pisang dari kebun, ubi, keladi, keledek dan entah apa lagi yang boleh digaul bersama tepung, maka jadilah macam-macam hasilnya! Pendek kata, puaslah kami makan lepat ubi, lepat pisang, lempeng ubi, lempeng pisang.... dah tak tersebut lagi dah.... Sebut tentang lempeng ubi, daku tiba-tiba teringin sangat nak makan lempeng ubi campur kelapa. Sayangnya tika keinginan tak dapat ditahan, ubi pulak tak ada! Akhirnya jadilah juga lempeng yang ada kelapa... bukan lempeng ubi campur kelapa tapi lempeng kelapa! Jadilah... daripada tak ada baiklah ada.

Buat Lempeng Kelapa sikit saja... makan pun sorang-sorang aje. Cukuplah buat ubat rindu nak makan lempeng! Sabarlah..... hujung tahun nanti boleh makan lempeng ubi kelapa puas-puas di kampung. Ya Allah.... sedapnya dapat makan sekeping lempeng ubi kelapa... lepas tu minum kopi hitam panas! Hei... apa ni asyik cerita pasal lempeng ubi padahal yang nak diceritakan ni Lempeng Kelapa! Lempeng yang diperbuat daripada tepung dengan kelapa parut!

4 keping lempeng comel di atas dan di bawah ini Amie gunakan secawan tepung dan secawan kelapa parut. Tabah sedikit garam, dan 3/4 cawan air. Ringkas dan mudahkan cara penyediaannya seperti di bawah ini:

Bahan-bahan: 
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
3/4 cawan air - jika adunan terlalu kental, tambahkan sedikit lagi air
secubit garam - jika nak rasa masin tambah lagi sikit
minyak

Cara:
1. Campurkan tepung gandum, kelapa parut,  garam dan air.
2. Gaul sebati.
3. Panaskan kuali dan glis dengan sedikit minyak.
4. Masukkan adunan dan leperkan.
5. Masak dengan api perlahan, dan setelah garing atau masak di bahagian bawah, terbalikkan bahagian atas ke bawah pula supaya kedua-dua belah lempeng masak.
6. Hidangkan bersama pencecah kegemaran.


Amie cicah Lempeng Kelapa dengan sambal tumis ikan bilis....

8 ulasan:

EmbunRosaliza berkata...

Assalam Amie, kita dulu2 suka buat jemput2 kelapa, pastu cicah gula je.

Hari tu masa ke Melaka oder lempeng kelapa cicah sambal bilis memang terangkat la. Mkn masa dh kenyang la kunun2nya boleh habis juga sebiji.

Best bau harum kelapa tu, yg campur ubi tak pernah mkn n buat lagi, mesti sedap juga ni

kasihilmar.com berkata...

Saya pun suka lempeng. Sesuai sangat diregu dengan sambal tumis ikan bilis. Kadang tu saya juga suka masukkan pisang dan cicah dengan madu, sedap jugak!

Cheq Sue berkata...

kak amie, baru sari dua lepas makan lempeng kelapa ni. kalau balik kampung memang menu wajib. cheq sue suka cicah dengan gula.... mak pulak suka dengan sambal... adik beradik pun memang gemar

shazana rosli berkata...

Sedap nyer lempeng kak amie, nanti saya nak cuba gak le...suka tgk blog akak...banyak resepi yang boleh sy mencuba...thanks kak

EizMerah berkata...

Assalam. Lempeng ubi dgn kelapa tu mcm mn pula resepinya? Mohon share sis. Mcm teringin pula nk buat n nk mkn.

Amie berkata...

EizMerah,
Parut ubi dan parut kelapa. Letaklah banyak mana, ikut suka, tapi biasanya nisbah ubi dengan kelapa 2:1. Bubuh garam sikit, Lepas tu masak macam lempeng biasa..

jirus air berkata...

Terima kasih atas perkongsiannya.
Saya ambil perkongsiannya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya

the real gadis kampung berkata...

akak guna ubi apa kak? ubi kayu ke/