ADSENSE

Ahad, 13 Januari 2013

Kentang Wedges & The Gang

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung budiman. Jom buka tudung saji di Amie's Little Kitchen dan lihat apa ada di bawahnya. Nampaknya pagi ini ada menu ringkas untuk kita nikmati bersama. Amie sediakan Kentang Wedges & The Gang. Boleh lihat resepi kentang wedges Amie sebelum ini  DI SINIDI SINI, dan DI SINI. Antara resepi yang Amie pernah cuba termasuklah mencampurkan serbuk ENO bersama tepung jagung, lada putih, oregano dan juga daun ketumbar. Ada juga sesekali bubuh lada hitam tetapi rasa lada putih bagi Amie lebih sedap berbanding lada hitam. Dan ada ketikanya Amie goreng kentang wedges dengan menggunakan tepung goreng pisang ADABI dengan tambahan serbuk pati ayam atau pati ikan bilis sebagai penyedap rasa. Apa pun, hasilnya tetap sedap, tetap habis dimakan anak-anak!


Kali ini Amie gunakan serbuk tepung kentucky pula. Cuma perlu tambahkan sedikit serbuk pati ikan bilis untuk melengkapkan rasa disebabkan salutan tepung kentucky yang agak nipis sebab biasanya Amie buat bancuhan tepung tetapi kali ini hanya curahkan tepung kentucky ke atas kentang yang bersalut dengan telur. Seperti biasa bolehlah lengkapkan hidangan ringkas ini bersama beberapa bahan tambahan mengikut selera dan citarasa sendiri.




Resepi : Kentang Wedges & The Gang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:

7 biji kentang - kupas dan potong wedges
1 cawan tepung kentucky 
1 sudu makan oregano leaves
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
1 biji telur - pukul ringan
minyak

Cara:
1. Rebus kentang setengah masak. Angkat dan toskan.
2. Tuang telur yang telah dipukul dan gaul sebati.
3. Masukkan  oregano leaves, daun ketumbar, lada putih, tepung kentucky dan  serbuk pati ikan bilis.
4. Goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama pencicah pilihan dan bahan sampingan lain mengikut citarasa.



Oleh kerana anak-anak suka sup, jadi Amie sediakan bersama Cream of Mushroom Soup.

10 ulasan:

suri solehah berkata...

Stok kentang ada dalam peti ais tu,,beli sebelum dalam pantang hr tu lagi kak,,boleh cuba yang resipi akak letak eno tu ya,,,

Suzana Ibrahim berkata...

emm..terasa kerangupannya.bila tengok kat blog Amie saya rasa nak buat juga hari ni..

Amie berkata...

Suri,
yang bubuh ENO tu memang sedap! terasa rangup tepungnya!Tapi yang ni buat gini je sebab malas nak adun tepung he he ehh..

Suzana,
silakan Suzana...

Evelyn Gemina berkata...

Selamat petang dear kak amie...

Wah buat wedges pulak, aduii ada2 jak kak amie ni, sedappp tuuu : )

hazila berkata...

Ingat nak buat mushroom soup juga hari ni.

Norzie hany berkata...

Wahhh....sedapnya amie.kalau pergi kfc mmg selalu order kentang wedges.

Shiela berkata...

dap dap wat kudapan.. boleh cuba ni.. tq amie cayangg.. :)

KuNanGKuNanG berkata...

kt rmh banyak kentang.xtau nk watpe.leh la wat resepi akak ni...

faa.rosli berkata...

sedapnya kalo makan ngan cheezy sauce...macam kfc...faa ada resepi dia...akak cuba try...hehe

http://faafeefoo.blogspot.com/2011/12/chicken-chop-cheezy-wedges-awesome.html

ummiross berkata...

Terlewat buka tudung saji Amie, tengok gambar jelah, nampak sedap.