ADSENSE

Ahad, 6 Mei 2012

Kangkung Goreng Sotong & Lawar Jantung Cacamerba

Selamat petang rakan-rakan pengunjung yang budiman. Tentu masing-masing sudah mengisi perut dengan pelbagai hidangan yang lazat di hari minggu ini. Amie masak Kangkung Goreng Sotong dan Lawar Cacamerba.  Entah kenapa, silapnya ialah Amie terlebih bubuh sotong, dan mungkin lebih sesuai bertukar menjadi Sotong Goreng Dengan Kangkung! Kangkungnya terselit pula di celah-celah sotong!


Resepi: Kangkung Goreng Sotong
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ikat kangkung - bersihkan dan bilas - toskan
15 ekor sotong kecil - bersihkan dan potong ikut suka
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak

Bahan kisar:
7 biji cili kering
1.5cm belacan
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sotong dan gaul sebati.
3. Masukkan sayur kangkung. 
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis. Gaul rata sehingga daun kangkung layu.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Kisahnya tentang Lawar Jantung Cacamerba ini ialah untuk menghabiskan stok sayuran mingguan. Sebenarnya Amie ingin buat lawar jantung pisang (memandangkan jantung pisang yang Encik Suami bawa pulang sudah 5 hari lamanya duduk di sudut dapur), tetapi bila mata terpandang buah tomato dan timun yang mula layu di peti sejuk (entah berapa lama pula usianya), terfikirlah pula untuk mencampurkannya. Resepi asalnya bolehlah lihat DI SINI. Oleh kerana hidangan lawar boleh dipelbagaikan selain terung, jadi Amie campurkan bahan-bahan yang dicadangkan termasuk timun.


Terhasillah Lawar Jantung Cacamerba dari gabungan jantung pisang, hirisan timun dan juga tomato. Sebenarnya yang membuatkan lawar ini sedap ialah kuahnya yang disediakan menggunakan pati santan serta bahan-bahan lain termasuk udang kering dan cili padi. Untuk Lawar Jantung Cacamerba ini Amie tidak gunakan lada kering. Untuk tatapan bersama, di bawah ini sekali lagi Amie salin resepi Lawar Terung yang Amie ubahsuai menjadi Lawar Jantung Cacamerba yang amat sesuai dijadikan hidangan untuk makan tengahari bersama keluarga.

Resepi : Lawar Terung
Sumber :  Buku Masakan Chef Terkemuka Ismail Ahmad, Kuisin Masakan Melayu

Bahan-bahan:
2 batang terung panjang - Amie gunakan terung taiwan
1 labu bawang besar - hiris
5 tangkai cili padi - hiris - Amie gunakan cili merah & hijau
250ml pati santan - Amie perah menggunakan air masak
1/2 sudu teh air limau kasturi
garam secukup rasa - Amie bubuh sedikit gula

Bahan kisar halus:
3 tangkai cili merah - Amie gunakan cili padi
3 tangkai cili kering - Amie tidak bubuh
3 sudu udang kering - rendam dan toskan

Cara:
1. Panggang terung di atas bara api sehingga masak - Amie panggang atas kuali.
2. Kupas kulit terung, potong isinya dan biarkan sejuk.
3. 1 sudu teh lada hitam.
4. Bubuh bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk. Tambah hirisan bawang besar dan cili padi, pati santan, air limau kasturi serta garam dan gula. Kacau rata-rata. 
5. Masukkan isi terung dan kacau hingga sebati. Hidangkan dengan segera.

Catatan Chef:
Terung boleh digantikan dengan:
1. Jantung pisang yang sudah dicelur sehingga lembut, atau
2. Daging yang direbus dan dihiris nipis-nipis serta dipanggang di bawah gril di dalam ketuhar pada suhu 160 darjah C selama 10 minit, atau
3. Buah mangga bacang muda yang dikupas dan dimayang halus-halus, atau
4. Timun yang dihiris-hiris.

19 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

salam Mie,meriahnya sotong tu besar lagi kalau akak rasa nak meratah je sotong tu dgn lawar tu takyah makan nasi lah hehe

Amie berkata...

Kak Noor,
memang Amie ratah-ratah aje kak, habiskan stok sayur...

Amie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Yatie berkata...

adoyaiiii wat terliur je singgah sini, arini yatie tak masak coz jln2 cari makan..he3..tapi mlm kena masak gak coz Hamka cerewet nak mama dia masak gak..sedap tul tngk sotong masak mcm ni, terung kegemaranku...leh cuba lenkali ni..tq..

nOOrsha berkata...

terliur nye tgk sutun tu posing...yummy!~ sedap meratah je ni kak..hehe

Tina Othman berkata...

salam kak amie, sedapnya sotong tu

oh first time dgn menu lawar jantung ni

ainnoraini berkata...

Mmg terliur lagi la tengok sotong tu posing seksi mcm tu mmg tergoda...mahu sepinggan habis ka lau saya makan tu amie...

Qasey Honey berkata...

aduh Kak Amie...sedapnye lauk sotong tu...pasti kena cuba ni...mmg suka sgt mkn sotong...tliur kak dibuatnye...nsib baik kita bjauhan...kalau dekat...QH dh ketuk dh pintu dapur akak...nk tumpang makan...hehehe

zila 4ever berkata...

salam kak amie..
nape lah sedap sgt nie..yg sotong tue mcm nk kuti satu2 jew:)

quinnie berkata...

sedapnya lawarrrr..nakkkkk..hehhehe

Nuwairani Ismail berkata...

kreatif betul kak amie ni. siap boleh campur kangkung dengan sotong. dah lama betul nani tak makan sotong ni.

Mieza berkata...

Kak Amie..kangkung sotong tu menyelerekan sungguh..waaa mieza suka! sedap ni makan denga nasi putih panas2..tak der kuah dan lauk lain pun tak per...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

rajinnyer akak macam mcm2
x biasa buat buatkangkung mix ngan sotong gituew...boley try la nanti :))

Rohah berkata...

Lauk tu dah merangkap dgan sayur, ..jimat masa n tenagakan...selera nengok keruing2 sotong dlm mangkuknye tu..

qemaishak berkata...

sedapnya masakan k.amie ni..terliur:)

Kerull Nazeem berkata...

Salam Kak Amie...moga sihat2 hendaknya...sedap sungguh lah set lauk tu..kena nasi panas..hu hu mantap..

Zaitun berkata...

Kak Zai suka tengok lawar tu,mesti sedap dimakan tanpa nasi kan.

anymz berkata...

salam amie,lauk pauk begini kalau makan, seronok makan di tepi bendang/sawah..kena pulak dgn angin yang sepoi2 bahasa dan minum dgn kopi o kaw panas...perghhhhh...sodapnyaaaa..:)

ummiross berkata...

Ummi balik kampung baru ni, tak dapatlah singgah dapur Amie macam biasa. Singgah je terus berselera nampak lawar jantung tu, pergh!!