Bismillahirrahmanirrahim.
Petang Ahad 17 Disember 2023, bawa Bonda jalan-jalan ke Pantai Remis. Bawa sekali Wak Niah. Wak Kanang ikut bersama anak-anaknya dan Wak Aton juga turut serta. Cuaca mendung tapi kami redah saja.
| Pantai Remis yang sendu! |
Tak sangka tempat kami menguis remis di pasir zaman remaja dahulu, kini sudah berubah menjadi tempat kunjungan ramai! Dahulu hanya ada pokok-pokok nipah dan pokok kelapa sahaja di sepanjang pantai di sini!
Kami memilih untuk minum petang di bahagian dalam di Selera Corner Pantai Remis.
Beberapa minit kami duduk di sini sementara menunggu pesanan tiba, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Para pelanggan yang duduk di bahagian luar berlarian masuk mencari tempat lindungan hujan!
Di bahagian dalam, penuh dengan pelanggan.
| Minuman yang dipesan tiba di meja. |
Encik Suami memesan teh halia.
Agaknya penyedia minuman terlupa hendak mengetuk atau hiris halia. Dibubuh sahaja seketul halia, dan kata Encik Suami minumannya suam, bukannya panas! Disebabkan suasana sibuk dan hingar-bangar ditambah dengan sesak dan hujan, Encik Suami reda sahajalah! Malas hendak bersongel, katanya.
Walaupun sudah makan kerang rebus di rumah, tapi hendak makan kerang bakar pula di sini.
| Sos pencecah kerang bakar memang cukup rasa. Cuma saiz kerang bakar sahaja yang kecil-kecil. |
| Bakso |
| Mi Udang |
| Antara minuman yang dipesan. |
| Otak-Otak |
| Satar dan Pepes Ayam |
| Bismillahirrahmanirrahim. |
Walaupun hujan sudah berhenti tetapi mendung tetap menggandul di langit!
Oleh kerana masih hujan renyai, tak dapatlah Firdaus hendak naik kereta di sini.
Pada mulanya kami hendak membeli tongmo dan melihat karipap king kong, tapi tiba-tiba hujan turun kembali dengan lebatnya! Terpaksalah batalkan hasrat dan duduk dalam kereta.
Dalam hujan renyai kami menuju ke gerai jualan goreng-gorengan pula.
| Macam-macam jenis gorengan dijual di sini. |
| Ada kuih bakar kemboja. Kuih ini orang kampung panggil kuih bahulu kemboja. |
Walaupun hujan masih turun, tapi kami redah juga ke tempat jualan hasil laut. Dapatlah beli lala @ ale-ale segar. Hendak beli kerang tapi tak jadi sebab saiznya kecil! maklumlah kerang ternak. Kalau dahulu puas makan kerang, isinya besar dan berlemak sebab kami pungut dari laut.
| Ini Siput Kemudi atau Kemudi Kapal. |
| Mentarang 1 kg berharga RM20.00. |
| Isi ale-ale. |
| Sotong & Telur Sotong |
| Pepahat & Ale-Ale |
| Isi Kerang |
Kami beli lala @ ale-ale dan isi kerang. Cadangnya hendak buat jemput lala dan isi kerang bolehlah dibuat sambal lauk nasi lemak buat sarapan esok paginya.