Masa kecil-kecil dulu, selalu juga Bonda masak lemak pisang muda. Entah berapa puluh tahun telah 'terlupa' menu istimewa ini! Kebetulan sebelum pulang kerja, terserempak dengan seorang penjual pisang. Cara jualan pisangnya pula agak menarik. Dalam sebuah beg plastik, dibubuhnya dua sikat pisang, sesikat masak dan sesikat muda dengan harga RM4.00. Sedang terfikir-fikir untuk membeli, tiba-tiba Nano bersuara : Nano : Sedaplah pisang emas...
Walaupun hari minggu tapi Encik Suami tetap ingin selesaikan urusan kerjanya. Selepas bersarapan pagi bersama anak-anak, dan membantu kerja-kerja rumah si dia pun meninggalkan rumah. Memandangkan kesibukannya itu, kita pun tak sampai hati mengirim atau memesan membeli sesuatu. Kelmarin Amie pesan beli cili padi, tapi terlupa pula dia! Akhirnya Amie minta Fuad pergi ke pasar. Fuad pantang disuruh keluar membeli sesuatu, memang pantas...
Kalau masak lemak mesti teringat Bonda! Salah satu sebabnya, tentulah air tangan Bonda rasa sangat sedap! Itu sebabnya sampai sekarang Amie suka masak lemak cara Bonda. Bonda suka masak lemak putih begitu sahaja. Tanpa kunyit! Tanpa warna selain warna santan. Biasanya kalau ada betik mengkal, Amie akan masak sup dengan ayam, dan bubuh daun kemangi sebagai sentuhan akhir. Hari ini Amie masak lemak...
Jom masak sambal bawang! Masak lebih sikit, boleh cecah dengan pisang goreng atau keledek goreng sambil hirup secawan teh atau kopi panas! Semerbak aroma belacan memenuhi rumah! Tapi keenakannya tidak dapat dinafikan! Ketika Amie memasaknya, terlintas dalam fikiran, sudah tentu Fuad dan Fairuz bising membebel sebab mereka tak suka makan bawang! Kalau ada bawang dalam pinggan makan, memang mereka akan diasingkan! Bahannya tidak...
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Petang ini Amie kongsikan lauk makan tengahari kami seisi keluarga, Ikan Cermin Masak Kari. Anak-anak pun bukan main suka bila terbau aroma kari dari dapur! Kebetulan Fairuz baru pulang dari sekolah dengan perut lapar. Apalagi, sampai 3 senduk besar Fairuz kaut kuah masuk dalam pinggan. Banjirlah pinggan nasinya! Firdaus pula, tak mahu makan ikan, hanya nasi dengan kuah...
Sekadar merakam kenangan. Aidil Fitri dan Pesta Kaamatan disambut serentak pada hari Sabtu sempena aktiviti kokurikulum sekolah kami. Sudah dua minggu berlalu, pada 30 Jun 2018 lepas. Setiap kelas perlu membuat persediaan dengan membawa juadah masing-masing untuk dinikmati bersama pada hari tersebut. Walaupun setiap kelas terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi semua murid perlu terlibat sama. Amie ditugaskan untuk menghias gelanggang bola keranjang, iaitu...