Hari ini Amie sediakan menu ringkas untuk berbuka puasa. Amie goreng mee hoon, tambah hati ayam dan masukkan cili padi. Mee Hoon Goreng Pedas Berapi dengan Hati! Bahan-bahan: 1 paket mee hoon - rendam dalam air sejuk hingga lembut - toskan 1 pokok sawi - potong-potong 4 ketul hati ayam - potong ikut citarasa 1 sudu besar stok ayam pekat 1 sudu besar...
Masih ingat tak lagi resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo yang pernah Amie kongsikan beberapa kali di dapur maya ini? Boleh klik: Di SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI. Petang kelmarin Amie sempat masak menu ini, dan kali ini Amie namakan sebagai Sambal Goreng Daging. Beberapa tahun lalu (lupa tahun) Amie berpeluang bersembang dalam FB dengan tuan punya resepi asal, Puan Imelda Shahriah...
Assalamualaikum. Masak apa untuk hidangan berbuka puasa petang nanti? Amie belum masuk dapur. Sekarang sedang masuk dapur maya, kongsi menu berbuka puasa petang kelmarin. Tak ada menu yang istimewa yang disajikan, sekadar mee hoon campur suhun goreng. Kakak ipar pula kirim roti jala dengan kuih pau. Alhamdulillah. Rezeki Allah. Bahan-bahan: 1 paket mee hoon - rendam dengan air sejuk sehingga kembang - toskan...
Jumpa lagi. Ramadhan ke-11. Sekolah kami cuti. Cuti seminggu di negeri Sabah! Cuti sempena Tadau Kaamatan dan Hari Gawai. Hari ini merajinkan diri turun ke dapur, mengumpul bahan untuk mengolah rendang. Rendang yang Amie masak kali ini memang sungguh istimewa bagi Amie. Maklumlah, bertahun lamanya teringat keenakan rendang hasil air tangan rakan baik semasa bertugas di SMKS. Kalau tak silap, 15 atau 16...
Selamat malam semua. Ramadhan ke-11 ini Amie nak kongsikan menu Mee Suhun Sup. Resepinya ringkas sahaja tapi puas hati sebab mengenyangkan dan menyelerakan! Bahan-bahan untuk sup: 2 belah dada ayam 1/2 kg kaki ayam - bersihkan dan potong dua 3 sudu besar serbuk rempah sup - bancuh dengan sedikit air 2 cm lengkuas - dititk 3 sudu besar stok ayam pekat 1 sudu...
Selamat berhujung minggu semua. Tentu sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa untuk keluarga tersayang. Masak apa agaknya petang ini? Amie nak kongsikan menu Bubur Lambuk , hidangan kami berbuka puasa kelmarin. Resepinya biasa-biasa sahaja, cuma Amie gunakan daging rusa, dan tidak daging lembu seperti kebiasaannya. Gambar tak berapa terang. Kelam-kabut. Beberapa minit nak buka puasa baru teringat nak tangkap gambar...hiks! Bahan-bahan: 2 cawan...
Assalamualaikum. Belum terlambat rasanya untuk ucapkan selamat berpuasa buat semua. Nampaknya Ramadhan kali ini dapur maya Amie pun ikut berpuasa sama. Heheheee.... Memang masak setiap petang untuk hidangan berbuka puasa tapi tak ambil gambar untuk dikongsi. Maklumlah, masuk dapur pun lebih kurang satu jam lebih sebelum berbuka. Siap masak, azan pun kedengaran. Terus hidang atas meja, dan berbuka puasa. Biasanya Encik Suami suka...
Selamat berhujung minggu. Setelah hampir setengah hari keluar rumah, ke pasar mencari barang dapur akhirnya sempat juga masak untuk hidangan tengahari. Hari ini Amie masak ringkas sahaja. Memenuhi permintaan Fuad, Amie hidangkan menu ikan, bersama sayur lemak kubis dan sambal belacan. Menu biasa-biasa begini siapa-siapa pun boleh masak....ahaks! Cuma Amie nak kongsikan resepi isi ikan tuna yang Amie goreng bersama beberapa bahan pemerap...
Pagi 10 Mei 2018. Kun fayakun! Dengan izin-Nya, dengan kuasa-Nya : Jadi! Maka jadilah! Ehsan: Google Allahu Akbar! Semoga negaraku bertambah makmur! ...
Hari ini cuti. Esok pun cuti. Hari ini cuti sebab sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi PRU14. Orang-orang SPR tentu sedang sibuk buat persiapan. Esok cuti umum, diisytihar sebagai hari mengundi. Hari Sabtu nanti, 12 Mei sekolah akan ganti cuti. Firdaus tak cuti. Sekolah tadikanya tak ada kena-mengena dengan PRU14. Pagi ini cuaca mendung, gelap dan suram. Hampir pukul sepuluh pagi, barulah nampak...